Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil langkah tepat apabila beliau keluar daripada UMNO, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau menyifatkan langkah itu sebagai pilihan terbaik bagi Dr Mahathir 'memandangkan hubungan beliau dengan UMNO atau pemimpinnya sudah tidak boleh dipertahankan lagi'.
Melalui catatan terbaru dalam laman blognya hari ini, Salleh berkata: "Tindakan Dr Mahathir memudaratkan parti dan adalah kelihatan tidak logik sekiranya beliau terus berada dalam parti, dan pada waktu yang sama, menentang parti.
"Sekiranya Dr Mahathir ingin terus menyerang UMNO, maka beliau perlu berbuat demikian di luar UMNO. Itu merupakan perbuatan mulia dan beretika untuk dilakukan."
Salleh berkata ini kali ketiga Dr Mahathir meninggalkan UMNO.
Kali pertama ialah apabila beliau dipecat presiden parti ketika itu Tunku Abdul Rahman. Beliau keluar daripada UMNO pada 2008 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui parti itu.
BACA: Tun Mahathir dan isteri umum keluar UMNO
BACA: Tindakan Tun Mahathir keluar UMNO perkara biasa - MT UMNO
Salleh berkata beliau sedih dengan episod kali ini, bukan kerana Dr Mahathir sekali lagi meninggalkan UMNO, tetapi kerana keadaan pengundurannya.
Tiada siapa boleh menafikan Dr Mahathir banyak berjasa kepada negara sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, "walaupun tempoh beliau menyandang jawatan itu, tidaklah bebas sepenuhnya daripada kecacatan."
"Tetapi, peristiwa yang berlaku pada tahun lepas serta pengundurannya hari ini akan lebih diingati daripada kebaikan yang telah beliau lakukan.
"Saya ingin melihat sisi baik dan buruknya secara saksama dan ingin mengingatkan orang ramai bahawa walaupun ini merupakan sesuatu yang menyedihkan dalam sejarah parti, terdapat juga perkara yang baik dan kita perlu menerima gandingan kedua-duanya.
Salleh berkata, beliau sedar: "Perkara itu tidak akan berakhir di sini dan kita akan terus mendengar daripada Dr Mahathir".
"Saya hanya berharap agar kita dapat menjaga maruah dan tertib serta tidak membawa negara terjerumus ke dalam politik longkang.
"Dan, dengan penuh keikhlasan, saya mengharapkan yang terbaik bagi Dr Mahathir pada masa akan datang," katanya.
Bernama
Mon Feb 29 2016
SALLEH: Perkara itu tidak akan berakhir di sini dan kita akan terus mendengar daripada Tun Mahathir
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tun Mahathir mampu cetus krisis politik baharu - Salleh
Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak mendakwa Tun Mahathir Mohamad bukanlah pemimpin yang membuat percaturan tanpa penghujung apabila menjadikan dirinya sebagai ketua de facto Perikatan Nasional (PN).
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
Kerajaan lulus RM8.94 juta pertingkat akses internet di Kota Belud
Salleh juga menyeru agar orang ramai memanfaatkan internet untuk menceburi perniagaan digital atau perniagaan dalam talian.
PBS kesal Salleh gelar Maximus 'gila'
Johnnybone berkata kenyataan Maximus berkenaan isu pendatang asing tanpa izin (PATI), dibuat berdasarkan fakta daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja dan bukannya mengikut emosi semata-mata.
Perkasa jentera PRU15, ketepikan perbezaan pendapat - Salleh Said Keruak
Beliau menasihatkan agar fokus utama diberikan kepada persediaan rapi dan memperkasakan jentera BN untuk berdepan PRU15.
Daftar GRS sebagai gabungan politik rasmi - Salleh
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) wajar segera didaftar sebagai gabungan politik yang rasmi dalam usaha memperkasa ahli parti komponen dan hala tuju gabungan itu.
Aktiviti ketenteraan China-AS suatu yang membimbangkan - Salleh Said Keruak
Salleh menegaskan tindakan yang dilakukan oleh China itu merupakan satu pencabulan kedaulatan sesebuah negara.
Banjir kilat selepas hujan lebat lebih lima jam di Kota Kinabalu
Kesesakan lalu lintas juga didapati berlaku di beberapa jalan utama akibat banjir kilat itu, antaranya di Jalan Sulaman berhampiran 1Borneo Hypermall.
Program vaksinasi COVID-19 perlu dipercepat, penting untuk tarik pelaburan - Salleh
Program vaksinasi COVID-19 penting dalam memberi keyakinan kepada pelabur untuk membuat lebih banyak pelaburan di Sabah.
Wakil rakyat GRS perlu buat penyampaian tepat dan jelas - Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ia penting bukan saja untuk memberi keyakinan kepada rakyat, tetapi menjadikan seorang ahli politik itu lebih disegani dan berwibawa.