SHAH ALAM: Ramai dalam kalangan kenamaan Melayu didakwa berada dalam ketakutan kerana bimbang akan dikenakan tindakan termasuk saman dan pendakwaan di mahkamah.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, golongan berkenaan bimbang jika ada orang tertentu akan melaporkan kepada polis dan berdepan siasatan.
"Mereka tidak senang dengan prestasi kerajaan sekarang. Banyaklah sebab kerana berpendapat kerajaan sekarang tidak baik. Mereka menyatakan ini apabila ditemui.
"Tetapi mereka enggan menyertai sebarang gerakan yang memiliki pendapat yang sama. Ini kerana mereka takut jika dikenal pasti oleh kerajaan dan tindakan akan diambil terhadap mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Dr Mahathir turut mendakwa, ada antara kenamaan itu yang takut jawatan mereka ditukar kepada lebih rendah atau dilucut terus.
Malah katanya, ada yang takut kontrak mereka ditarik balik atau diganggu.
"Ada ugutan untuk hantar kereta polis ke hadapan rumah mereka dan takut akan dimasukkan ke dalam tahanan polis.
"Tidak ada caj (pendakwaan) tetapi jika masuk dalam tahanan walaupun hanya beberapa hari sahaja, tekanan jiwa amat teruk," dakwanya.
Negarawan itu juga mendakwa tindakan 'mengugut' untuk mendedahkan kertas siasatan oleh polis berkenaan menteri-menteri UMNO yang lama juga adalah satu salah guna kuasa.
Tegasnya, pendedahan itu sepatutnya melibatkan semua pihak, termasuk menteri pada masa sekarang.
"Saya tahu ada kertas siasatan terhadap Anwar sendiri, walaupun tidak melihatnya. Polis bagi tahu semasa saya Perdana Menteri.
"Undang-undang dibuat untuk semua orang, bukan untuk parti lawan sahaja. Apakah ugutan dan tindakan seperti ini diizin oleh demokrasi?
"Siasatan oleh polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) perlu dilakukan, tetapi bukan untuk ugutan politik. Jika benar ada jenayah, tindakan undang-undang hendaklah diambil. Amatlah tidak bertanggungjawab jika diguna untuk politik parti," jelasnya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 20 2023
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, golongan berkenaan bimbang jika ada orang tertentu akan melaporkan kepada polis dan berdepan siasatan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Batu Puteh: Keputusan tidak teruskan semakan dan tafsiran dibuat tanpa rujuk Jemaah Menteri
Keputusan dibuat Dr Mahathir pada 21 Mei 2018 secara bertulis kepada Peguam Cara Negara, tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri dan dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018.
Pulau Batu Puteh: Laporan RCI mahu ‘tuju’ kepada saya seorang - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan laporan RCI mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan seolah-olah mahu menunjukkan dirinya seorang sahaja yang bertanggungjawab.
Buku 'Idealis Syed Hamid Albar' rungkai kisah hidupnya hadap dunia penuh penipuan
Buku Idealis Syed Hamid Albar boleh disimpulkan sebagai kisah perjalanan bekas Menteri Luar itu yang kesal apabila terlalu berharap mencapai kesempurnaan kerana hakikatnya, dunia penuh penipuan.
Mengenang Tun Daim: Suasana hiba selubungi kediaman Allahyarham
Suasana hiba menyelubungi pekarangan kediaman Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku, di ibu negara.
Tanggungjawab kerajaan Sarawak bantu rakyat sendiri - Premier Abang Johari ulas kenyataan Tun M
Tanggungjawab kerajaan Sarawak ialah membantu rakyatnya untuk meningkatkan pendapatan, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kesihatan Tun Mahathir semakin baik
Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semakin baik.
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu ‘keras’, ini jawab Shuhaily…
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu keras, ini jawab Shuhaily
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bicara kes saman terhadap Ahmad Zahid ditangguhkan lagi ke 26 Ogos
Perbicaraan kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 26 Ogos.
Tun Mahathir sambut hari lahir ke-99 hari ini
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.