KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Menerusi satu kenyataan media, IJN memaklumkan Dr Mahathir dimasukkan ke hospital berkenaan bagi menjalani prosedur perubatan elektif.

"Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) terkini, tiada pelawat dibenarkan melawat Tun Mahathir," memetik kenyataan itu.

Pada 16 Disember tahun lalu, Ahli Parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan dibenarkan keluar seminggu kemudian.