Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di Parlimen hari ini bagi bermesyuarat dengan ahli-ahli Parlimen pembangkang, di sini, hari ini.
Ia adalah kali pertama, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (Bersatu) menjejakkan kakinya ke bangunan itu sebagai pemimpin pembangkang.
Mesyuarat itu antara lain bagi membincangkan dakwaan wujudnya usaha menyekat kebebasan ahli Parlimen khususnya daripada pihak pembangkang untuk bersuara di Dewan Rakyat.
Turut hadir pada mesyuarat berkenaan ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Pribumi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal; dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Pada Isnin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya berkaitan 1MDB di Parlimen baru-baru ini.
Selain Shafie, turut dipanggil ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Husni Hanadzlah yang juga dipercayai mempunyai kaitan dengan ucapan mereka semasa membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat.
Tan Su Lin
Tue Nov 08 2016
Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga dari kiri) hadir di Parlimen bagi bermesyuarat dengan ahli-ahli Parlimen pembangkang. -Astro AWANI/Tan Su Lin
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Peruntukan kawasan: PM Anwar minta MP pembangkang terus bincang dengan Fadillah
Anwar meminta Ahli Parlimen pembangkang untuk terus mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, berhubung permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing.
Belanjawan Selangor 2022: Peruntukan Ahli Dewan Pembangkang dinaikkan kepada RM400,000
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan Ahli-Ahli Dewan Negeri pihak pembangkang dinaikkan sehingga RM400,000 bagi tahun 2022.
PEMULIH: Bantuan Bakul Makanan, dana RM300,000 kepada Ahli Parlimen diagih hari ini
Program Bantuan Bakul Makanan merupakan inisiatif sedia ada yang diteruskan pada masa sama dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan golongan yang terkesan.
Ahli Parlimen pembangkang hadir mesyuarat di PWTC
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang hari ini dilihat hadir ke mesyuarat khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), difahamkan sejak 12 tengah hari tadi.