Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mempertahankan tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering dilihat mengkritik kepimpinan UMNO.
Mukriz berkata ayahnya berbuat demikian kerana sayangkan parti.
"Presiden (Datuk Seri Najib Razak) bukannya jenis yang tidak boleh terima teguran. Saya pun sebelum ini pernah mengatakan teguran dari Tun ialah sebab sayang.
"Saya kenal beliau, saya rapat. Kalau dia tak tegur, maksudnya dia tak sayang. Kalau dia masih tegur dia rasa masih lagi ada sesuatu yang perlu dikongsi sama untuk kebaikkan bersama," katanya semasa satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Apabila ditanya mengapa Dr Mahathir sering mengkritik kepimpinan UMNO, Mukhriz berkata "ini bukan sesuatu yang boleh ditinggal begitu sahaja."
"Dia sudah pernah menjadi presiden parti untuk 22 tahun. Ini bukan sesuatu yang boleh ditinggal begitu sahaja. Sebab dia sudah sayang lama.
"Yang dia nak adalah yang terbaik untuk kita. Saya rasa tegurannya positif. Yang penting apa yang kita akan dilakukan apabila ditegur begitu.
"Saya rasa teguran itu masih bersifat berhemah... tidaklah sampai tahap mengata orang. Terpulang kepada kita, adakah kita akan bertindak?" tanyanya.
Di dalam tulisan terbaru Dr Mahathir di dalam blognya, beliau menggalakkan perwakilan UMNO untuk menegur pemimpin.
"Tanpa teguran, pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan olehnya salah dan tidak baik.
"Saya dinasihat supaya tidak membuat teguran terbuka. Sebenarnya sudah saya tegur secara tertutup berkali-kali, terutama berkenaan masalah Bumiputera dan UMNO. Tetapi tidak berkesan. Teguran secara terbuka terpaksalah dibuat," katanya.
T K Letchumy Tamboo
Tue Nov 25 2014
MUKHRIZ: Setelah menjadi presiden parti untuk 22 tahun, ini bukan sesuatu yang boleh ditinggal begitu sahaja.
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
RCI Batu Puteh: 'Kalau ada siasatan, saya sedia' - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad sedia memberi kerjasama jika siasatan jenayah terhadapnya mahu dimulakan susulan syor daripada laporan RCI Batu Puteh.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
RCI Batu Puteh: Ini pengkhianatan besar terhadap negara - PM Anwar
Pendedahan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan menunjukkan wujudnya pengkhianatan.
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.
Mengenang Tun Daim: "Beliau mentor bagi usahawan muda Melayu' - Tun Mahathir
Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia memainkan peranan besar dalam membimbing anak-anak muda berbakat dalam perniagaan kata Tun Mahathir Mohamad.
Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham tokoh besar yang rendah diri' - Tun Mahathir
Tun Mahathir mengenang Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia hari ini, sebagai seorang tokoh besar yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara.
Rayuan saman Halim Saad terhadap Tun M ditetapkan 18 Ogos tahun depan
Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Ogos tahun depan untuk mendengar rayuan Tan Sri Halim Saad terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman beliau yang difailkan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.