BAGHDAD: Penunjuk perasaan pada Sabtu berkumpul di Baghdad bagi menandakan sokongan solidariti terhadap nasib rakyat Palestin di Gaza.

Rata-rata yang berkumpul membakar bendera Israel di Tahrir Square sambil mengibar bendera Palestin.

Tindakan keganasan Israel bertambah buruk pada Sabtu apabila serangan udara yang dilancarkan di Semenanjung Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 10 warga Palestin terkorban.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 139 individu terbunuh di Gaza, termasuk 39 kanak-kanak dan 22 wanita.