Tunjuk perasaan di Baghdad kecam tindakan Israel

Astro Awani
Mei 15, 2021 21:40 MYT
Penunjuk perasaan pada Sabtu berkumpul di Baghdad bagi menandakan sokongan solidariti terhadap nasib rakyat Palestin di Gaza. -AP
BAGHDAD: Penunjuk perasaan pada Sabtu berkumpul di Baghdad bagi menandakan sokongan solidariti terhadap nasib rakyat Palestin di Gaza.
Rata-rata yang berkumpul membakar bendera Israel di Tahrir Square sambil mengibar bendera Palestin.
Tindakan keganasan Israel bertambah buruk pada Sabtu apabila serangan udara yang dilancarkan di Semenanjung Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 10 warga Palestin terkorban.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 139 individu terbunuh di Gaza, termasuk 39 kanak-kanak dan 22 wanita.
#Baghdad #Iraq #Gaza #Israel #Kanak-kanak #keganasan #serangan #Penunjuk perasaan #Palestin