ewfwedwdwqd.jpg
Tips Rambut InTrend

Untuk mengelakkan rambut kering dan kusut keesokan paginya, pada malam hari, lumurkan rambut dengan minyak sayuran yang dipanaskan seketika. Tekup kepala dengan shower cap untuk 20 minit sebelum rambut dibilas bersih dengan air biasa .
dcfwqedawqdawqdwqedwq.jpg
GAYA 1 : Ikat Tepi
Jika mahukan gaya dandanan yang lebih santai dan bersahaja, rambut messy lebih mudah diuruskan dengan hanya ditocang ke tepi. Ia trick berkesan menyembunyikan kekurangan yang ada. Buatkan sedikit tekstur beralun di hujung rambut dengan pemanas rambut untuk beberapa ketika. Lepaskan sedikit di kiri dan kanan rambut menepis di tepi wajah untuk imbangan rambut yang lebih beralun cantik, kelihatan tidak terlalu formal.

GAYA 2: Lepas Relaks
Masih mahu melepasbebaskan rambut yang messy? Boleh sahaja, cuma kawal gerakan teksturnya agar tidak terlalu serabai. Untuk lebih selamat, ikat sebahagian rambut di bahagian belakang agar kamu mudah mengawalnya. Jangan lupa sapukan serum atau penyembur antikusut bagi mengurangkan keserakannya. Jika mahu lebih elegan, pakai cekak bermotif. Selain, penambah aksesori, ia juga langkah terbaik menyembunyikan kekurangan yang ada.