KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, TWL Holdings Berhad menyokong inisiatif kerajaan untuk membina lebih banyak perumahan mampu milik yang berkualiti.

Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM5 bilion, TWL bercadang membina sekitar 15,000 unit perumahan dengan anggaran harga RM150,000 hingga RM350,000 bergantung pada lokasi.

Menurut Naib Pengerusi dan Pengarah Urusannya, Shirley Tan Lee Chin kos bahan binaan merupakan antara cabaran terbesar buat pemaju hartanah di Malaysia khususnya.

"Kami akan meningkatkan kecekapan pembinaan rumah mampu milik dengan menggunakan bahan binaan yang lebih murah dan berkualiti tinggi.

"Misalnya, dengan menggunakan sistem pembinaan struktur modular inovatif serta meningkatkan penggunaan teknologi pembinaan lanjutan seperti pembinaan pasif," katanya.

Tambah Shirley, strategi ini bukan sahaja dapat mengurangkan sisa bahan binaan malah dapat mengawal kos pembinaan rumah mampu milik yang melambung tinggi menggunakan bahan binaan mesra alam.

Beliau berkata demikian dalam temu bual khas bersama Niaga AWANI.

Isu perumahan rakyat pasca Belanjawan 2023