Kaedah menangani masalah penagihan dadah dan sakit mental dengan kembali kepada ajaran Islam.
Persoalannya, adakah ia mustahil untuk dilakukan? Mampukah masalah sosial itu dibendung dengan tidak bergantung kepada perubatan moden?
Ia tidak mustahil jika ia dilakukan dengan penggembelengan semangat dan usaha masyarakat.
Lebih khusus bagi masyarakat Islam yang benar-benar sedar masalah penyalahgunaan dadah yang kian meruncing terutama melibatkan bandar-bandar besar di seluruh negara termasuk Selangor.
Menurut tenaga pengajar Darussolihin, Rizwam Samsudin masalah penagihan dadah adalah kes utama yang diterima pusat, dan terbaharu ia telah menjerumuskan remaja berusia 13 tahun.
Menurut Rizwan, pada awalnya pusat tersebut tidak dibuka kepada masalah sosial sebaliknya lebih tertumpu kepada pengajian al-Quran.
Namun, tenaga pengajar Darussolihin sering dipanggil untuk membantu memulihkan golongan remaja, belia dan dewasa yang mengalami masalah penagihan dadah.
"Darussolihin ini bermula pada 2007, permulaannya memang 'mudir' kita tiada niat untuk membuka pusat ini,
"Cuma ramai orang yang datang minta pertolongan ustaz, jadi bila ramai yang datang dengan hajat yang sama seperti masalah dadah, anak dan adik masalah dadah, keluar masuk pusat, keluar masuk penjara jadi ustaz dan mudir buat keputusan untuk buka pusat pemulihan di sini.
"Malah, kami banyak menerima panggilan untuk membantu remaja yang terjerumus dadah dan ia bukan sesuatu yang memeranjatkan di daerah ini," jelasnya.
Menurut Rizwan, pusat itu dibangunkan pada tahun 2007 dengan menempatkan para pelatih di pondok-pondok kayu.
Hasil kerjasama antara jemaah surau dan masjid di Jalan Kebun, pusat itu berubah wajah hasil dari sumbangan yang diterima dan ia didirikan di atas tapak wakaf.
Untuk rekod, pusat itu telah berjaya memulihkan lebih 800 individu yang berlatarbelakangkan masalah dadah, mental dan masalah sosial.
Buat masa ini, sejumlah 76 orang pelatih yang mengikut pemulihan selama dua tahun dan dari jumlah itu, lebih kurang 10 orang pelatih adalah penghuni sejak ia dibuka 11 tahun lalu.
Antara jumlah itu, ramai yang menjadi pembantu kepada pengajar Darussolihin manakala datang dari Kelantan, Terengganu dan Pahang namun majoritinya adalah pelatih dari Selangor.
Melalui program dua tahun yang telah diterapkan sejak 2007 itu, pusat pemulihan Darussolihin tidak menggunakan sebarang ubat-ubatan moden mahupun tradisional.
Menurutnya, kaedah itu bukan kerana mereka menolak perubatan moden namun mereka percaya cara perubatan Islam mampu membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi pelatih di situ.
"Bukan kita menolak rawatan klinikal dan perubatan dan apa sahaja yang ada di luar kerana kita juga sering merujuk pelatih ke klinik-klinik dan hospital, terutama yang mengalami demam, penyakit berjangkit dan sebagainya," jelasnya.
Rizwan berkata pemulihan dalaman atau rohani mampu membantu.
" Cuma bagi masalah pemulihan masalah dadah, rohani dan mental memang kita balik kepada ajaran Islam dan guna rawatan Islam.
"Contohnya, kita balik kepada pengajaran fardu ain seperti pengajian al-Quran dan amalan-amalan sunnah." jelasnya.
Puasa penawar mujarab penagihan dadah
Puasa adalah penawar mujarab bagi masalah penagihan dadah.
"Permulaan bila didaftarkan disini, nombor satu sekali adalah kita mengamalkan puasa sunat,
"Puasa sunat ini ada banyak kelebihan, salah satunya untuk meneutralkan penagih dadah dan ia dapat meneutralkan darah dalam badan.
"Bermula dari puasa sunat kemudian kita ajar asas fardu ain yang lain iaitu solat, solat lima waktu memang kita tekankan dan seterusnya belajar mengaji," jelasnya.
Bagi penjaga dan ibu bapa yang berkemampuan mereka digalakkan membayar yuran bulanan RM500.
Namun, hampir separuh dari penghuni dibiayai sepenuhnya Darussolihin yang mencecah hampir RM15,000 sebulan.
"Mereka yang membayar adalah kerana kita mempunyai perjanjian dengan penjaga dan ibu bapa, namun kebanyakan daripada mereka datang dari keluarga yang tidak berkemampuan.
"Memang kita buat kebajikan di sini dan kita tetap meneruskan pemulihan tanpa memberhentikan mereka yang tidak mampu membayar yuran bulanan," jelasnya.
Bagi Rizwan, yang juga warden pusat pemulihan, apa yang menggembirakan beliau dan tenaga pengajar adalah apabila pelajar yang keluar dari pusat tersebut tidak lagi kembali ke kancah dadah.
"Kalau ada program yang kita buat, memang kita jemput pelajar-pelajar lama dan alhamdulillah mereka bagi kerjasama yang baik,
"Bila kita ada majlis mereka datang dan setakat ini mana-mana yang keluar atas reda guru dan tiada yang berpatah balik ke dunia gelap itu dan semuanya berjaya," katanya.
Tambah Rizwan, pusat pemulihan Darussolihin amat mengalu-alukan sebarang kerjasama mahupun bantuan yang ingin dihulur individu, syarikat atau badan berkaitan di negara ini bagi kelangsungan pusat itu dan membantu anak bangsa yang kurang mendapat tumpuan dan perhatian masyarakat.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Wed Aug 01 2018
Buat masa ini, sejumlah 76 orang pelatih yang mengikut pemulihan selama dua tahun dan dari jumlah itu, lebih kurang 10 orang pelatih adalah penghuni sejak ia dibuka 11 tahun lalu. - Foto Astro AWANI/SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFFIN
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.