Uber, syarikat antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan menerusi aplikasi telefon pintar, perlu mematuhi undang-undang berhubung perkhidmatan itu kepada pelanggan di Malaysia,
kata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini.
SPAD dalam satu kenyataan berkata Uber melakukan beberapa kesalahan seperti menggunakan kenderaan peribadi bagi mengangkut penumpang - satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Sementara beberapa orang pemandu syarikat itu tidak mempuyai lesen memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).
"Dalam usaha untuk menentukan Uber mematuhi undang-undang Malaysia, SPAD telah cuba menghubungi Uber menerusi telefon dan e-mel, tetapi setakat ini Uber belum memberikan respons," kata suruhanjaya itu.
Suruhanjaya itu berkata kenderaan yang digunakan Uber tidak diliputi oleh insuran komersial dan mungkin juga tidak menjalani pemeriksaan Puspakom dua kali setahun.
Kenyataan itu berkata, SPAD mengambil pendekatan yang lebih pragmatik dan sedia membenarkan Uber menjalankan perkhidmatannya dengan syarat kenderaan dan pemandu mempunyai lesen sewajarnya.
Menurut laman web Uber, ketika ini ia menawarkan perkhidmatan di lebih 70 bandar raya di serata dunia.
Ahad lepas, beberapa pengusaha dan persatuan teksi menggesa SPAD mengambil tindakan terhadap Uber yang mereka dakwa antara lain menjejas pendapatan pemandu teksi di Lembah Klang.
"Sekalipun orang ramai puas hati dengan perkhidmatan Uber ketika ini, namun tanpa peraturan dan undang-undang, tidak ada jaminan bahawa orang ramai mendapat perlindungan pada jangka panjang," kata kenyataan itu.
Bernama
Thu Aug 28 2014
Uber perlu patuhi undang-undang Malaysia - SPAD
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Kerajaan tidak akan sambung konsesi Puspakom yang tamat 31 Ogos ini - Anthony Loke
Puspakom tidak ditutup, masih boleh beroperasi seperti biasa cuma perlu bersaing dengan pemain industri yang lain kerana tiada lagi hak eksklusif untuk mereka.
Peraturan baharu VISP boleh beri manfaat kepada orang ramai, kata pakar
Selain itu, pengguna juga boleh mendapat manfaat daripada masa menunggu yang lebih singkat.
Garis panduan permohonan pemeriksaan berkala kenderaan bermotor boleh diakses mulai 15 April
Garis panduan itu mengandungi antara lain syarat perkhidmatan, prosedur pemeriksaan, peralatan pemeriksaan, dan syarat pengoperasian pusat pemeriksaan.
Pemandu bas, lori perlu lampir slip pemeriksaan brek sebelum mulakan perjalanan - JPJ Perlis
JPJ Perlis melihat kegagalan teknikal yang sering diabaikan oleh pengguna kenderaan berat tidak seharusnya dipandang ringan.
Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000
Seorang lelaki memukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular di media sosial telah dipenjara satu hari dan didenda RM4,000.
Langgar guru: Polis tunggu laporan kimia, Puspakom pemandu mabuk
Suspek telah dibebaskan dengan jaminan sebaik sahaja tempoh reman selama tiga hari berakhir pada Isnin.
Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.
Puspakom perkenal program PAR, elak pelanggan tertipu manipulasi harga orang tengah
Ada segolongan orang tengah yang memanipulasi, mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi dan memberi maklumat palsu kepada pelanggan.
Puspakom tawar pemeriksaan kenderaan sukarela percuma sempena Aidilfitri
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) menganjurkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma kepada semua pemandu dan pemilik kenderaan persendirian bermula esok.
Hapus monopoli Puspakom buka ruang tambah baik perkhidmatan - PPIM
Keputusan kerajaan untuk menamatkan monopoli Puspakom bermula tahun hadapan, merupakan langkah wajar bagi menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan.