Malam ini, sebaik selesai ucapan perasmian oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin maka bermulalah Persidangan Agung Tahunan sayap-sayap UMNO.
Esoknya, semua ketua-ketua Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan membentangkan ucapan dasar masing-masing kepada seluruh ahli mereka.
Saban tahun, Persidangan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO sentiasa menjadi perhatian kerana kepada ahli-ahli parti itu, Pemuda diharapkan menjadi kumpulan pendesak untuk menjaga kepentingan orang Melayu.
Ucapan dasar dari Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO akan dinanti-nantikan oleh bukan hanya anggota pergerakan pemuda tetapi seluruh anak muda di negara ini.
Generasi muda atau disebut juga Gen-Y berharap agar Pemuda UMNO dapat memperjuangkan isu-isu yang dekat dengan hati dan dibincang oleh rakyat terutama orang Melayu.
Jika dahulu fungsi Pemuda UMNO lebih dilihat sebagai kumpulan pendesak, namun hari ini pergerakan itu telah melalui proses transisi yang lebih menjurus kepada politik khidmat bakti dan politik islah.
Dalam tempoh lima tahun sebelum tahun 2020, orang Melayu berdepan cabaran lebih besar dan tentunya Pemuda UMNO mahu bangsanya cukup bersedia untuk bersaing dalam sebuah negara maju.
Menerusi ucapan dasar yang akan dibacakan esok, Khairy dijangkakan akan menyentuh isu pemerkasaan ekonomi dan pendidikan bagi orang Melayu secara lebih mendalam.
Selaku Ketua Pemuda UMNO, Khairy tentu sedar harapan orang Melayu terhadap pergerakan yang dikepalainya dan memahami bahawa UMNO bgitu sinonim dengan slogan 'Hidup Melayu'.
Namun, Pemuda UMNO versi Khairy bukan sekadar jeritan 'Hidup Melayu' semata-mata tetapi ia perlu disusuli dengan gagasan untuk memastikan bangsanya mampu bersaing dan menjadi Melayu yang hidup dengan kekuatan sendiri.
Selain perihal pemerkasaan ekonomi orang Melayu, Khairy juga dijangka akan menyentuh isu perpaduan nasional dalam sistem pendidikan negara.
Perkara ini penting kerana, Pemuda UMNO tentunya mahu satu bentuk pendidikan yang bukan hanya boleh melahirkan orang Melayu yang cemerlang tetapi juga dapat turut menjamin perpaduan negara.
Ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO juga dinantikan kerana ia juga akan menyentuh halatuju perjuangan pergerakan tersebut di masa hadapan.
Anak muda akan mengikuti ucapan Khairy untuk mereka membuat penilaian apakah Pemuda UMNO boleh menjanjikan satu harapan kepada mereka atau ia sama seperti sebelumnya yang retorik semata-mata.
Khairy tentunya mahu Pemuda UMNO mengekalkan keseimbangan antara tradisi dan pemodenan, kemajuan fizikal dan pembangunan sahsiah bukan semata untuk seiring dengan zaman, tetapi juga demi agama yang menuntut kemuliaan dalam kepimpinan.
Agenda politik baru yang sering disebut oleh generasi muda menuntut Pemuda UMNO untuk sentiasa berubah, agar peranan politik UMNO terus berada di batasan paling mutakhir.
Irwan Muhammad Zain
Mon Nov 24 2014
Ucapan dasar Khairy dinantikan anak muda
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Lagu AI 'Hussein Hussein untuk Mahkota' tarik perhatian pengundi
Lagu 'Hussien Hussien untuk Mahkota' yang menggunakan suara kecerdasan buatan (AI) antara pendekatan Barisan Nasional (BN) bagi menarik perhatian pengundi pada PRK DUN Mahkota.
[KOLUMNIS] PRK DUN Mahkota: UMNO diuji di negeri kubunya
Kalau kita lihat keputusan lepas, BN seharusnya boleh menang dengan majoriti lima angka kali ini kerana BN dan PH sudah bergabung di peringkat pusat.
Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN
Kerajaan Kelantan memberi peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kepada ADUN pembangkang di negeri ini.
PAU 2024: Akmal cadang tukar Menteri Komunikasi dengan wakil UMNO
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kepada Presiden UMNO agar Menteri Komunikasi digantikan dengan wakil daripada UMNO.
Zahid Hamidi setuju dengan Dr Akmal, UMNO mahu dua pertiga kerusi pada PRU16
Presiden UMNO tidak puas hati jumlah kerusi yang ada sekarang namun menegaskan, sekiranya mahu dua pertiga, UMNO perlu bekerja lebih keras.
Wanita UMNO mahu calon wanita kekal di PRK DUN Mahkota
Wanita UMNO menuntut supaya calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor dipilih daripada sayap berkenaan.
PAU 2024: Di sebalik cabaran, Pemuda UMNO terus dapat tempat - Akmal Salleh
Di sebalik cabaran dan rintangan politik, pemuda UMNO terus mendapat tempat dan menjadi kesayangan orang ramai.
Muhyiddin wajar mohon maaf, pulih keraguan dicetuskan terhadap Agong - Pemuda UMNO
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar menyatakan permohonan maaf secara rasmi dan terbuka bagi memulihkan kesangsian serta keraguan yang telah dicetuskan terhadap institusi
PRK DUN Nenggiri: Mohd Azmawi FIkri calon tepat rampas semula kerusi
Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang ditampilkan UMNO-BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, berkemampuan untuk merampas kembali DUN berkenaan.
PRK Nenggiri: Mohd Azmawi janji galas amanah, tanggungjawab sebaik mungkin
Calon BN bagi PRK DUN Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berjanji akan menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan parti dengan sebaik mungkin.