UCL: Dua gol Mbappe pastikan Barcelona tersungkur di suku akhir

Astro Arena
April 17, 2024 00:45 MYT
Mbappe menjaringkan dua gol pada masa kedua perlawanan sekali gus menyaksikan kelabnya itu bangkit daripada ketinggalan dua gol secara agregat untuk mara ke peringkat separuh akhir UCL. - Gambar AP
PENYERANG berbisa Paris St Germain, Kylian Mbappe, menjaringkan dua gol pada masa kedua perlawanan sekali gus menyaksikan kelabnya itu bangkit daripada ketinggalan dua gol secara agregat untuk mengejutkan pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona, dan mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Walaupun ketinggalan 3-2 dalam perlawanan suku akhir pertama tempoh hari, pelawat berdepan saingan yang sukar apabila Raphinha sekali lagi menjaringkan gol pembukaan untuk meletakkan Barcelona di hadapan pada minit ke 12.

90+6' - C'est terminé à Barcelone !

Nous sommes en - !!! #FCBPSG 1-4 | #UCL pic.twitter.com/r0BYBfR2UY

— Paris Saint-Germain (@PSG_inside) April 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitupun, perlawanan bertukar sepenuhnya apabila Ronald Araujo dilayangkan kad merah pada minit ke 29 kerana kekasaran profesional dan gol daripada Ousmane Dembele, Vitinha dan dua gol jaringan Mbappe memberikan PSG kemenangan 4-1 dengan menjadikan agregat keseluruhannya 6-4. - Stadium Astro
#Kylian Mbappe #Paris St Germain #UCL #barcelona