UEFA gantung Guardiola satu perlawanan

Astro Arena
Jun 4, 2018 22:07 MYT
Guardiola terpaksa meninggalkan padang selepas melakukan bantahan terhadap jaringan Leroy Sane yang dibatalkan. - Gambar fail
KESATUAN Bolasepak Eropah (UEFA) telah menggantung satu perlawanan kepada pengendali Manchester City, Pep Guardiola, selepas beliau dikeluarkan padang ketika aksi suku akhir kedua berdepan Liverpool pada April.
Guardiola terpaksa meninggalkan padang selepas melakukan bantahan terhadap jaringan Leroy Sane yang dibatalkan.
Manakala buat Liverpool yang turut didenda sebanyak EURO29,000 (RM134,989) apabila gagal mengawal penyokong bagi aksi suku akhir dan separuh akhir.
Kelab Russia, Zenit akan membayar denda sebanyak EURO50,000 (RM232,741) dan terpaksa beraksi dalam perlawanan pertama UEFA musim depan tanpa sebarang penyokong kerana penyokong yang bersifat perkauman ketika perlawanan Liga Europa (UEL) berdepan RB Leipzig.
#Bantahan #batal #bola sepak #denda #gantung #gol #jaringan #Leroy Sane #Liverpool #Manchester City #penyokong #Pep Guardiola #perlawanan #UEFA