SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini berada di kedudukan ke-105 di Asia dalam QS Asia University Rankings 2022 yang diumumkan semalam.
UiTM menerusi satu kenyataan memaklumkan kedudukan baharu itu meletakkan UiTM dalam 15.5 peratus universiti terbaik di Asia, dan berada di tangga ke-10 daripada 36 universiti dari Malaysia yang mengambil bahagian.
“Sepanjang tempoh lebih lima tahun, penarafan UiTM menunjukkan trend peningkatan membanggakan daripada kedudukan 158 pada tahun 2018 kepada pencapaian kedudukan terkini. Ini secara langsung menunjukkan pengukuhan keupayaan fakulti dan keyakinan umum terhadap prestasi UiTM,” menurut kenyataan itu.
UiTM memaklumkan sebanyak 38 penyertaan baharu tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan institusi pengajian tinggi yang mengambil bahagian dalam penarafan di seluruh Asia berjumlah 675 institusi.
Jelasnya lagi secara keseluruhan, QS Asia University Rankings menilai universiti berdasarkan sebelas petunjuk utama.
“Reputasi majikan menjadi kekuatan utama UiTM pada tahun ini iaitu pada kedudukan ke-48 di peringkat Asia.
“Pada tahun ini, UiTM mencatatkan peningkatan peratusan bagi dua petunjuk iaitu reputasi akademik, yang meningkat daripada 44.2 peratus kepada 48.5 peratus dan pelajar fakulti daripada 17.5 peratus kepada 18.1 peratus,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021
Kedudukan baharu itu meletakkan UiTM dalam 15.5 peratus universiti terbaik di Asia. - Foto BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Teknologi AI tidak halang graduan komunikasi laris di pasaran
Menurut Abd Rasid, majoriti graduan UiTM dari bidang komunikasi massa berjaya mendapat pekerjaan selepas enam bulan menerima ijazah.
LKAN 2022: UiTM Holdings, Kwasa Land, CSB Land capai tahap kewangan kurang stabil
UiTM Holdings Sdn Bhd mencapai nilai tadbir urus korporat kurang memuaskan, Kwasa Land Sdn Bhd dan CSB Land Sdn Bhd, di tahap memuaskan.
Sembilan graduan RIDA hadir Istiadat Konvokesyen UiTM ke-98
"Kehadiran Alumni terulung ini menjadikan Istiadat Konvokesyen pada kali ini, amatlah istimewa dan sangat bermakna untuk kami."
Tengku Permaisuri Selangor galak graduan belajar ke peringkat lebih tinggi
Titah baginda, ilmu merupakan asas kepada pembentukan tamadun tinggi, malah mencari ilmu ialah perkara yang mulia di sisi Allah.
UiTM tersenarai 100 universiti terbaik dalam QS Asia University Rankings 2024
Universiti itu melonjak enam anak tangga dari kedudukan ke-104 pada tahun lalu dan kini berada pada kedudukan ke-9 di Malaysia.
LKAN: Lewat tuntut ganti rugi, UiTM berisiko hilang RM51.08 juta
UiTM berpotensi kehilangan hasil berjumlah RM51.08 juta susulan kelewatan dalam melaksanakan proses tuntutan ganti rugi terhadap 239 pemegang biasiswa penghutang pecah kontrak.
Starlink bawa keceriaan buat warga UiTM Kuala Pilah
Pemasangan peranti itu melengkapi perkhidmatan jalur lebar sedia ada di kampus tersebut dengan menawarkan rangkaian lebih stabil dan mencakupi kawasan lebih luas.
Agong seru IPT main peranan wujudkan akomodasi kaum
Titah baginda, semangat akomodasi antara kaum dan kesepaduan dalam kepelbagaian adalah ciri demokrasi Malaysia yang paling bestari
Peningkatan akses Internet mudahkan urusan pembelajaran
Kemudahan Internet yang pantas membolehkan bahan rujukan diakses dengan cepat dan mudah di kediaman kampus.
Kursus micro-credential tawar fleksibiliti, tingkat prospek dalam kerjaya
Kursus micro-credential sangat sesuai bagi mereka yang sibuk dengan pekerjaan atau tanggungjawab keluarga.