KUALA LUMPUR: Seiring ulang tahun Parlimen ke-62 hari ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mahu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen diperkasakan kerana ia mempunyai peranan yang amat penting dalam menjalankan proses semak dan imbang pentadbiran negara.
Beliau berkata jawatankuasa bipartisan akan disifatkan lebih eksklusif dan khusus bagi membincangkan sesuatu perkara secara mendalam tanpa melibatkan aspek politiking.
"Saya mahu membudayakan penggunaan Jawatankuasa Pilihan Khas ini kerana saya amat percaya jawatankuasa ini mempunyai fungsi penting untuk semak dan imbang kerana ia dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang.
"Jawatankuasa ini turut mempunyai kuasa untuk memanggil menteri, penjawat awam untuk ditanya soalan dan saya rasa inilah proses penambahbaikan yang amat signifikan bagi Parlimen Malaysia," katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 hari ini.
Azhar berkata sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, beliau turut melaksanakan beberapa reformasi Parlimen antaranya memperuntukkan masa yang sama dan adil kepada Ahli-ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Berhubung pandangan Parlimen perlu berdiri sebagai sebuah badan bebas tanpa campur tangan mana-mana pihak, beliau berkata institusi itu sememangnya memainkan peranan yang sama seperti badan kehakiman yang bersifat bebas.
"Malah semasa saya menjadi Yang Dipertua, kita tidak pernah disuruh atau diberi arahan oleh pihak eksekutif untuk berbuat atau tidak berbuat sesuatu.
"Ia sememangnya bergantung kepada Ahli-ahli Parlimen untuk membahaskan apa-apa polisi yang dibentangkan di Parlimen secara ilmiah dan tidak beremosi," katanya.
Sempena persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin ini, Azhar berkata pelbagai inisiatif dijalankan bagi meminimumkan risiko jangkitan COVID-19 antaranya pemasangan penapis udara ultra violet di dewan besar Parlimen serta penggunaan teknologi nano di pejabat bagi membunuh bakteria dan virus.
Katanya dengan melalui usaha itu, tahap pengudaraan di Parlimen kini adalah setaraf hospital dan amat bersih.
Mengenai persidangan secara hibrid, Azhar berkata draf bagi tujuan itu yang antara lain merangkumi kaedah perjalanan mesyuarat, peraturan, perbahasan, proses undi serta intervensi telah disediakan dan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Dewan, pada Isnin.
Sekiranya mendapat persetujuan, beliau berharap mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas setidak-tidaknya dapat dijalankan secara dalam talian dengan tidak memerlukan penjawat awam terlibat untuk hadir selain dapat mengurangkan risiko penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 11 2021
Azhar Azizan berkata jawatankuasa bipartisan akan disifatkan lebih eksklusif dan khusus bagi membincangkan sesuatu perkara secara mendalam tanpa melibatkan aspek politiking.- Gambar fail/BERNAMA
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Ulang tahun Parlimen: Azhar mahu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen diperkasa
Jawatankuasa bipartisan akan disifatkan lebih eksklusif dan khusus bagi membincangkan sesuatu perkara secara mendalam tanpa melibatkan aspek politiking.