Biarpun kerap kali diasak dengan serangan dan kritikan daripada pelbagai pihak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat tetap tenang dan meneruskan tanggungjawabnya seperti biasa.
Berkongsi rahsia ketenangannya itu, Najib yang juga Presiden UMNO berkata: "Saya tidak boleh gelabah sebagai seorang pemimpin."
Katanya, beliau juga sedar bahawa setiap pemimpin atau individu itu pasti tidak terlepas daripada berdepan ujian Allah tidak kira apa cara sekalipun.
Malah, Najib berkata cabaran yang sedang dihadapinya kini tidaklah begitu besar jika dibandingkan dengan zaman bekas-bekas perdana menteri seperti Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamed.
"Zaman Allahyarham Tun Razak juga berdepan dengan ujian seperti insiden 13 Mei manakala zaman Dr Mahathir pun lagi banyak ujian, sampai parti UMNO diharamkan, krisis kewangan yang dahsyat, orang bankrap begitu ramai dan masalah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim," katanya ketika ditemuramah bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-70 UMNO di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Temuramah itu dikendalikan oleh Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA Prof Dr Azizul Halim Yahya.
"Zaman saya, isunya tidak begitu besar sebenarnya tetapi disebabkan oleh media sosial dan pihak menggunakan akhbar luar yang menyebabkan tekanan itu agak lebih sikit," kata Najib.
Menurut Perdana Menteri, isu-isu yang dihadapi olehnya tidak seperti krisis kewangan Asia pada satu ketika dahulu atau parti UMNO diharamkan disebabkan asas (fundamental) ekonomi dan politik negara yang masih kukuh.
"Cuma gambaran persepsi, orang putih kata 'noise level' itu kuat sedikit kerana peranan dimainkan oleh media sosial dan akhbar asing," katanya.
Ditanya bagaimana beliau memperoleh semangat untuk terus bertahan sehingga hari ini, Najib berkata ia berbekalkan sokongan pemimpin dan anggota UMNO yang masih utuh terhadapnya serta keyakinan mereka terhadap kepimpinannya.
"Soal serangan ini menjadi lebih sebab media sosial. Dulu tak ada media sosial, tetapi apabila ada sosial media, apa-apa pun dia (berita) cepat jadi viral.
"Inilah menjadi cabaran baharu dalam persekitaran yang berubah. Saya merupakan presiden UMNO yang berdepan dengan persekitaran (ini). Kalau dahulunya, tidak ada macam ini. Saya tidak tahulah kalau dulu ada macam ini, mungkin presiden UMNO dulu menghadapi tekanan yang lebih dahsyat," katanya.
Bagaimanapun, Najib menegaskan beliau tabah kerana beliau yakin apa yang dibuat itu adalah betul dan dengan niat yang baik untuk kebaikan parti, rakyat dan negara.
Mengenai langkah-langkah tertentu menangani cabaran media sosial, Najib berkata pemimpin dan anggota UMNO perlu dilatih menjadi penggerak dan pengamal media sosial yang aktif di semua peringkat.
Katanya, UMNO juga mesti berubah daripada mempunyai kekuatan dan kemahiran dalam politik lama kepada politik serta persekitaran baharu sejajar dengan perkembangan internet.
"Walaupun kita setakat dengan Facebook dan Twitter, sekurang-kurangnya kita boleh buat komen dalam Facebook dan Twitter. Jadi, inilah saya anggap sebagai politik baharu dalam persekitaran baharu," jelasnya.
Najib berkata, sekiranya UMNO ingin berjaya sebagai parti yang mempunyai kelangsungan pengaruh dan kekal relevan sepanjang zaman, maka UMNO perlu berubah serta mempunyai kemampuan membuat adaptasi terhadap persekitaran baharu itu.
"Kita sudah terima Malaysia merupakan sebuah negara yang terbuka. Maknanya, kita sudah terima apa juga perkembangan dari segi teknologi agar menjadi sebuah negara yang moden dan progresif.
"Jadi, apa juga teknologi media sosial berdasarkan perkembangan internet itu, kita sudah terima di sini memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara di mana maklumat itu terbuka. Jadi, kita hendak ubah itu tidak boleh, kita tak boleh undur ke belakang," jelasnya.
Bernama
Mon May 09 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkatakan sesuatu semasa ditemubual sempena Ulang Tahun UMNO ke 70 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. - Foto Bernama
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).