KUALA LUMPUR:UMNO belum berbincang mengenai pendirian parti itu terhadap dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu juga tiada dalam agenda perbincangan Mesyuarat Biro Politik UMNO yang dijadualkan malam ini.
Bagaimanapun beliau berkata sebarang keputusan mengenai perkara itu nanti adalah berdasarkan perbincangan parti dan bukan keputusan peribadi beliau.
"Keputusan (mengenai Anwar) dibuat UMNO adalah berdasarkan kepada proses membuat keputusan... ia secara asasnya bukan keputusan saya seorang.
Jika ia keputusan parti, maka saya perlu menghormati keputusan parti," katanya ketika ditemui pemberita selepas perbicaraan kes yang dihadapinya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Pagi tadi, Anwar hadir ke sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Seterusnya, pada sidang media petang tadi Anwar mendakwa mempunyai sokongan lebih 120 Ahli Parlimen selain mendakwa Seri Paduka akan memanggil ketua-ketua parti untuk input dan pengesahan dokumen sokongan terhadap Presiden PKR itu.
Mengenai dakwaan Ahli Parlimen Port Dickson itu berhubung Al-Sultan Abdullah akan memanggil ketua-ketua parti, Ahmad Zahid berkata setakat ini beliau belum menerima surat jemputan rasmi daripada pihak Istana Negara.
Ditanya tentang kehadiran Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah di Istana Negara hari ini, Ahmad Zahid, mengakui tidak dimaklumkan berhubung berkara itu.
"Beliau (Tengku Razaleigh) tidak memaklumkan kepada saya ... saya pun dapat tahu daripada media," katanya.
Dilaporkan, Tengku Razaleigh dilihat keluar dari Pintu Dua Istana Negara, pada 2.40 petang tadi menaiki sebuah kenderaan berwarna hitam.
Kehadiran veteran UMNO itu bagaimanapun tidak disedari pengamal media yang menunggu di Pintu Dua, dan kemungkinan besar kenderaan itu memasuki Istana Negara melalui Pintu Tiga.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 13 2020
Ahmad Zahid berkata, sebarang keputusan mengenai perkara itu nanti adalah berdasarkan perbincangan parti dan bukan keputusan peribadi beliau. -Gambar fail
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.
Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.
NADMA jalin kerjasama dengan NCEMA UAE - TPM Ahmad Zahid
pengalaman emiriah arab bersatu (uae) dalam menangani cabaran bencana dan krisis agak kompleks berbanding bencana yang kerap berlaku di malaysia seperti banjir, tanah runtuh dan jerebu akibat kemarau