ALOR SETAR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) dilihat masih mempunyai tempat di hati rakyat Kedah menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) meskipun hanya memenangi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen di negeri itu pada pilihan raya yang lalu.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masyri, keyakinan itu adalah berlandaskan trek rekod yang baik menerusi kepimpinan UMNO-BN sebelum ini selain kebangkitan semula yang menakjubkan didalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tahun lalu.
Menurutnya yang juga Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, meskipun sinar kejayaan dapat dilihat menerusi kerjasama dua parti dominan di negeri itu iaitu UMNO dan Pas sebelum ini, namun kenyataan terbaharu pimpinan kedua-dua parti itu perlu dihormati dalam menentukan hala tuju parti masing-masing.
"Dalam konteks negeri Kedah ini, kita lihat ada dua (sahaja) parti yang dominan, satu adalah UMNO atau Barisan Nasional yang telah menang lebih daripada 13 pilihan raya, kalah sekali tahun 2008 (kepada Pas), satu lagi yang punyai asas kukuh adalah Pas.
"Kita (Pemuda UMNO memang) mengimpikan kerajaan dapat dipimpin oleh dua parti ini tetapi mungkin kita lihat dari keputusan akhir ini, masing-masing ada hala tuju dan pendirian masing-masing, (ia) perlu dihormati oleh kedua-dua belah pihak.
"Namun mengikut 'track record' yang ada pada kerajaan Barisan Nasional, saya percaya pandangan rakyat tidak mustahil untuk kembali bersama Barisan Nasional disebabkan oleh senario politik yang ada hari ini, kalau kita tengok dalam PRN Melaka, kerajaan dibentuk (adalah) sebuah kerajaan pilihan rakyat yang dominan," katanya.
Tambah beliau, pihaknya juga telah menerima pelbagai maklum balas termasuk dari kumpulan yang mengakui kesilapan dengan membuat pilihan yang salah dalam PRU14 yang lalu.
Sehubungan itu, dalam memastikan nikmat kestabilan dapat kekecapi semula selain memacu kebangkitan ekonomi, katanya BN dan UMNO wajar diangkat semula terutama oleh rakyat di Kedah .
"Mungkin pada pandangan mereka merasakan pilihan dibuat sebelum ini sudah tidak tepat dan relevan, tambahan pula dengan keadaan politik (pada zaman PH dan PN) yang ada tidak memungkinkan pelaburan dan perniagaan dalam sektor yang mereka ceburi boleh naik (dan pulih).
"Kalau dulu kita BN (yang membentuk) majoriti didalam kerajaan (kita) dapat merasa nikmat itu apabila kestabilan dibentuk tetapi harini akibat tidak ada kestabilan dan campuran pelbagai parti dalam 'kerajaan rojak' sebegini, untuk membuat keputusan itu susah dan berhati hati,
"Maka sebab itu saya percaya susah untuk pelabur bertandang kembali menjadikan Malaysia sebuah destinasi pelaburan yang baik, (jika keadaan berterusan sebegini)," katanya lagi.
Dalam pada itu, Syed Johan turut tidak menafikan bahawa kerajaan negeri Kedah yang dipimpin Pas ketika ini dilihat tidak membawa sebarang agenda baharu, dan hanya meneruskan kesinambungan projek tinggalan kerajaan BN sebelum-sebelum ini.
"Kita melihat dalam kerajaan yang ada harini walaupun ditadbir kerajaan Pas setelah ambil alih daripada PH, dan disokong oleh ADUN UMNO dan Bebas, kita melihat kerajaan tidak membawa agenda baharu, (hanya teruskan) kesinambungan (projek BN)," ujarnya.
Pada Ahad, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan dakwaan bahawa DUN Kedah akan dibubarkan susulan penarikan sokongan daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap kepimpinannya hanya merupakan satu khabar angin.
ADUN Barisan Nasional (BN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor ketika ditemui juga turut menafikan dakwaan bahawa dia bersama seorang lagi ADUN parti itu akan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Kedah.
Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Muhammad Sanusi ketika ini memiliki 23 kerusi DUN dengan Pas mempunyai kerusi tertinggi dengan 15 kerusi diikuti Bersatu (6 kerusi) dan BN (dua kerusi).
Pakatan Harapan pula memiliki 11 kerusi iaitu PKR (5 kerusi), Parti Amanah Negara (4 kerusi) dan DAP (2 kerusi) sementara dua lagi kerusi dimiliki Parti Pejuang Tanah Air.
Abd Hadi Che Awang
Tue Feb 01 2022
Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masyri berkata, keyakinan itu adalah berlandaskan trek rekod yang baik menerusi kepimpinan UMNO-BN sebelum ini. - Astro AWANI
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
UMNO belum terima permohonan bekas ahli - Ahmad Zahid
UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Buku 'Idealis Syed Hamid Albar' rungkai kisah hidupnya hadap dunia penuh penipuan
Buku Idealis Syed Hamid Albar boleh disimpulkan sebagai kisah perjalanan bekas Menteri Luar itu yang kesal apabila terlalu berharap mencapai kesempurnaan kerana hakikatnya, dunia penuh penipuan.
SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.