UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan mengutamakan calon yang dikehendaki dan disenangi rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Justeru, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, itu berkata semua pihak tidak perlu melobi untuk menjadi calon PRU14 kerana Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri tahu calon mana yang disenangi dan menjadi pilihan rakyat.
"Apa yang penting (dalam memilih calon PRU14) adalah pilihan rakyat, cita rasa rakyat... siapa yang rakyat mahu itu yang kita utamakan. Siapa yang rakyat mahu itu diberi oleh perdana menteri.
"Tidak perlu melobi (menjadi calon) melalui agensi atau apa sahaja. Kali ini perdana menteri tidak akan ambil risiko kalau calon itu tidak dikehendaki rakyat, kita tidak mahu ketepi calon kehendak rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu di sini Jumaat malam.
Turut hadir pada majlis di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di Ayer Keroh itu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang juga Ketua Bahagian UMNO Tangga Batu dan lebih 1,000 perwakilan bahagian itu.
Ahmad Zahid berkata apabila pucuk pimpinan telah menentukan calon yang akan bertanding pada PRU14, semua anggota parti perlu menerima dan menzahirkan sokongan kepada calon tersebut bagi memastikan kemenangan parti pada pilihan raya umum itu nanti.
Sementara itu, beliau berkata semua jentera UMNO dan BN perlu meletakkan fokus kerja kepada kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai ‘retain’ dan ‘regain’ menjelang PRU14.
“Kita ada prinsip ‘retain and regain’ di mana ‘retain’ kita kekalkan kawasan yang kita miliki, manakala ‘regain’ kita rampas kembali kawasan yang dimenangi pembangkang.
“Bagi kerusi yang akan dimenangi atau bakal dimenangi ini saya rasakan (wakil rakyat) harus turun ke bawah, turun berikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata pucuk pimpinan parti mempunyai maklumat terperinci mengenai wakil rakyat yang kerap turun padang memberikan perkhidmatan rakyat dan wakil rakyat yang gagal berbuat demikian.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kerjasama parti pembangkang dalam Pakatan Harapan tidak sepadu dan sekukuh kerjasama yang dijalin oleh parti komponen dalam BN.
“Saya lihat yang di sebelah sana (parti pembangkang) tidak ada kesepaduan antara mereka namun kita 13 parti politik masih kekal dalam BN sejak dahulu lagi. Mereka tidak kekal sebab mempunyai hala tuju dan idelogi yang berbeza,” katanya.
Beliau berkata BN perlu bijak menggunakan media terutama media sosial dalam berkomunikasi dengan kumpulan sasaran dan tidak menggunakannya untuk bertelagah sesama sendiri.
“Jika dahulu pada PRU lepas kita tenggelam kerana tidak mahir (dalam media sosial) tetapi tidak lagi sekarang,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2017
Ahmad Zahid beramah mesra dengan veteran parti selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu malam tadi, 28 Julai, 2017. --fotoBERNAMA
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Rusia larang rakyatnya kunjungi AS
Menerusi satu taklimat, Rusia memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain, atas alasan mereka boleh ‘diburu’ oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
PRK Mahkota: Penyokong parti PN mula berarak mengiringi calon
Mohamad Haizan Jaafar tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini jam 8.30 pagi bersama lebih 1,000 penyokong.
MB Johor umum calon PRK Mahkota - Zahid
Presiden UMNO itu berkata, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan parti.
PRK Sungai Bakap: Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap kempen kedua-dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berjalan secara berhemah.
PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan diumum malam ini
Calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK Sungai Bakap telah dimuktamadkan dan akan diumumkan 9 malam ini.
Badan penyelia pilihan raya Iran mula saring calon presiden - Jurucakap
Majlis Perlembagaan Iran telah memulakan proses penyaringan calon-calon yang berpotensi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden kilat.
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.