UMNO dan Pas sepatutnya membuat keputusan secara waras dan rasional dengan mengenepikan Muafakat Nasional (MN) serta segera menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai salah satu komponen kanan yang penuh komited terhadap piagamnya demi masa depan rakyat, agama dan negara.
Pengerusi Yayasan Penggerak Wawasan (YPW), Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, UMNO juga mestilah memilih PN dan bukannya MN sebagai landasan dan jambatan untuk mencapai hasrat murni berkenaan sekali gus membuktikan tanggungjawab parti itu untuk mengembalikan penerimaan rakyat sepenuhnya kepada mereka.
"Apa yang tidak jelas adalah pendirian UMNO yang menolak gagasan PN tetapi ingin setakat menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara peribadi sahaja.
"Rakyat bingung sama ada taktik ini hanya untuk mendapatkan segala habuan yang kini telah pun diperolehi dan dinikmati UMNO sepuasnya.
"Alasan bahawa UMNO telah terikat dengan MN adalah tidak logik disebabkan muafakat tersebut hanyalah sebuah deklarasi hasrat saja untuk bekerjasama pada masa akan datang," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya pada Isnin.
Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, tiada perbincangan dibuat mengenai penubuhan gagasan baharu politik digelar PN sehingga ke hari ini.
Jelasnya, Pas juga akan bersama UMNO dalam membuat apa-apa keputusan berhubung dengan MN.
Dalam pada itu, kata Rahim, penyertaan UMNO dalam PN kini adalah lebih realistik, logik dan praktikal.
Tambahnya, ia disebabkan UMNO sendiri telah berpeluang melayakkan parti itu untuk berkecimpung di dalam koridor kuasa di peringkat negeri dan negara.
"UMNO sepatutnya berterima kasih dan bersyukur ke hadrat Allah di atas posisi baru mereka ini dan tanpa ragu sepatutnya mendukung bukan setakat Perdana Menteri secara peribadi sahaja tetapi juga atas keikhlasan dan pengorbanan yang dibuat Muhyiddin untuk akomodasi UMNO dalam koridor kuasa ketika masih banyak pihak lagi yang mengecam dan memperlekehkan UMNO di merata tempat.
"Pengorbanan dan keikhlasan Perdana Menteri seperti ini tidak boleh dipandang enteng dan disia-siakan oleh UMNO tanpa punyai rasa hormat kepada orang yang berjasa kepadanya," tegasnya.
Astro Awani
Mon Jun 08 2020
Kata Rahim, penyertaan UMNO dalam PN kini adalah lebih realistik, logik dan praktikal. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.