Perasaan cemburu pelbagai pihak terhadap UMNO menjadi antara cabaran utama parti Melayu itu dalam menjamin keharmonian dengan bangsa lain berkekalan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perasaan cemburu itu bukan hanya oleh pihak luar tetapi turut melibatkan pihak dalam negara.
Jelasnya, pihak berkenaan juga sentiasa mencipta pelbagai jalan cerita untuk menghancurkan pemimpin UMNO selain persepsi negatif kepada parti.
“Mereka juga mencipta storyboard dalam membentuk perception terrorism sepanjang masa bagi menghilangkan kepercayaan terhadap pemimpin dan banyak institusi yang menjadi tunjang kepada kemakmuran negara ini,” ujar beliau.
Datuk Seri Ahmad Zahid berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka pada Selasa.
Jelasnya, pembangkang juga menggunakan taktik menggula-gulakan rakyat dengan cerita rekaan yang digembar-gemburkan.
Selain itu katanya, UMNO sentiasa bersedia dalam menangani ancaman liberalisme dan pentafsiran demokrasi selain memberi pemahaman demokrasi politik seharusnya diterjemahkan melalui proses pilihan raya.
Jelasnya, ia memastikan parti terus relevan seperti yang termaktub dalam wasiat baginda Raja-Raja Melayu ketika menurunkan tandatangan perkenan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.
Dalam pada itu jelasnya, isu perpaduan juga perlu diperhalusi secara telus selain melihat objektif politik yang bertunjangkan 'matlamat menghalalkan cara' sekali gus membutakan mata-hati dan nurani demi kemaruk kuasa.
Dalam pada itu UMNO katanya, turut berdepan cabaran pengislahan radikalisme dan ektremisme yang bukan sahaja didorong oleh kesesatan orientasi, tetapi juga oleh fahaman sekularisme dan liberalisme yang tidak kena pada tempatnya.
“Sebagai umat Islam, kita mesti menggunakan segala sumber yang ada dan bekerjasama dengan semua pihak untuk mencegah dan membendung aliran negatif ini.
“Saya telah menerajui pendekatan deradikalisasi bagi membendung kegiatan ektremisme dan radikalisme yang menggugat keamanan negara. pencegahan dan punitif bukanlah pendekatan terbaik tetapi proses deradikalisasi perlu berkesinambungan dan dipertingkatkan."
Selain itu, kata Datuk Seri Ahmad Zahid, perubahan masyarakat Melayu menjadikan UMNO berdepan cabaran kepedulian sosial menjadikan perubahan masyarakat Melayu berpaksikan kepada peningkatan taraf dan gaya hidup terutama mereka yang tinggal di bandar.
Tambahnya, UMNO juga perlu menghadapi cabaran kesejagatan ummah dan menangani cabaran digitalisasi dalam menangkis pelbagai fitnah, tohmahan, kritikan dan serangan dari seteru politik parti sendiri.
Wan Syamsul Amly
Tue Nov 29 2016
TPM ZAHID: UMNO sentiasa bersedia dalam menangani ancaman liberalisme dan pentafsiran demokrasi. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
PAU2016: Bantuan kewangan RM300,000 untuk bahagian tubuh koperasi - Presiden UMNO
Bantuan itu bagi mewujudkan lebih banyak saluran menjual barangan keperluan pada harga lebih murah kepada rakyat.
Presiden UMNO palu gendang ajak anggota UMNO fokus PRU14
Tumpuan dan fokus hala tuju diberikan untuk menghadapi pilihan raya umum bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang bergaya, dan bukannya pada pemilihan parti.
Pasukan petugas pantau gerakan revolusi warna ditubuhkan - TPM Zahid
Pasukan petugas itu terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.
'UMNO akan selesaikan isu berkaitan Felda' - Presiden UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia termasuk isu khususnya pembayaran buah kelapa sawit yang sering ditangguhkan dan isu penyata hutang tanam semula.
PAU2016: Solidariti UMNO dalam isu Rohingya
Pengumuman kehadiran perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya pada Ahad membuktikan UMNO sebuah parti yang berjiwa besar.
Wanita UMNO mahu ubah landskap
Pergerakan itu akan mempersiapkan diri sekiranya hasrat melihat 30 peratus calon wanita bertanding dalam pilihan raya umum akan datang direalisasikan.
Ahli UMNO perlu berkorban dan setia kepada parti - Hishammuddin
Di sebalik tuntutan pengorbanan, UMNO mempunyai tugas dan peranan untuk memenangi hati rakyat, dengan memenuhi keperluan mereka.
PAU2016: Puteri sedia gempur PRU-14
Puteri UMNO menggesa semua pihak bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
PAU2016: 'Wala' UMNO bukan kesetiaan membuta tuli' - Khairy
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ia bukan konsep kesetiaan membuta tuli kepada presiden dan pimpinan parti.
PAU2016: Wakil parti politik Indonesia 'tegak bulu roma' dengar seruan UMNO
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura memandang tinggi UMNO sebagai sebuah parti yang berkemampuan untuk memperjuang dan membela nasib orang Melayu di Malaysia.