PUTRAJAYA: UMNO telah memfailkan notis untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung samannya bagi menuntut semula wang berjumlah RM116.7 juta yang disita oleh polis semasa serbuan di Pavilion Residences.
"Kami telah diarahkan oleh UMNO memfailkan notis untuk tidak meneruskan rayuan yang telah dilakukan pada Isnin lepas (30 Ogos) atas alasan ia kini bersifat akademik," kata peguam Tania Scivetti dalam mesej di aplikasi WhatsApp kepada Bernama.
Beliau berkata kes saman membabitkan RM116.7 juta itu sudah selesai manakala isu sama membabitkan OBYU Holdings Sdn Bhd.
Dalam kes OBYU Holdings, wang berjumlah RM114 juta yang disita daripada Pavilion Residences telah dikembalikan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO susulan keputusan kerajaan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk melucut hak wang itu.
Sejumlah RM114 juta disita semasa serbuan polis ke atas satu unit kondominium mewah di Pavilion milik OBYU Holdings yang didakwa diseleweng daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Berdasarkan senarai mahkamah, rayuan itu dijadual didengar oleh Mahkamah Rayuan esok. Bagaimanapun, ia telah dikeluarkan susulan pemfailan notis untuk tidak meneruskan rayuan itu.
Pada 21 Mac 2019, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan polis dan kerajaan Malaysia untuk membatalkan saman yang difailkan UMNO bagi menuntut agar wang sebanyak RM116.7 juta dipulangkan kepada parti politik itu.
Penyataan tuntutan UMNO antara lain memohon deklarasi bahawa penggeledahan dan penyitaan yang dilakukan pada 17 Mei 2018 di premis terbabit di Tower B, Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan adalah salah di sisi undang-undang.
Parti itu menamakan Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Sakri Arifin, Penolong Pesuruhjaya Polis JSJK R Rajagopal, Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan kerajaan sebagai defendan.
UMNO turut memohon perintah agar wang berjumlah RM43.3 juta iaitu perbezaan jumlah RM160 juta dan RM116.7 juta dipulangkan kepada parti itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 01 2021
Pada 21 Mac 2019, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan polis dan kerajaan Malaysia untuk membatalkan saman yang difailkan UMNO bagi menuntut agar wang sebanyak RM116.7 juta dipulangkan kepada parti politik itu. - Gambar fail
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Tengku Zafrul kongsi lima pendekatan kembalikan kegemilangan UMNO Selangor
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkongsi lima pendekatan untuk mengembalikan kegemilangan UMNO di Selangor.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.
UMNO Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri, bukan rampas kuasa - Bung Mokhtar
Bung Moktar Radin berkata kehadiran UMNO ke negeri itu sejak 33 tahun lepas bukanlah hendak merampas kuasa, kerana UMNO Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri.
PRN Sabah: Keputusan kerjasama BN diputuskan ibu pejabat - Mohamad
Keputusan sama ada BN bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan parti lain pada PRN Sabah akan diputuskan di peringkat pusat.
Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN.
Ahmad Zahid yakin UMNO kembali jadi pilihan rakyat Kelantan
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin parti itu akan kembali menjadi pilihan rakyat Kelantan pada masa hadapan.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
UMNO-BN Sabah tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' - Bung Moktar
UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah mengambil langkah lebih berhati-hati sebelum mengambil keputusan menjalin kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang