UMNO Johor akur dan menerima keputusan pemecatan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta penggantungan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, ujar Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau pada masa sama melahirkan penghargaan kepada ketiga-tiga mereka khususnya Tan Sri Muhyiddin yang dianggap banyak berjasa kepada negeri Johor.
Justeru beliau mengharap agar seluruh anggota UMNO Johor dan Pagoh khususnya dapat menerima keputusan tersebut dengan tenang dan mengganggap ianya sebagai satu dugaan yang mematangkan.
"Saya berharap ahli-ahli UMNO ini bersikap rasional dan menerima ini sebagai satu ujian menguji kesabaran dan juga kematangan kita supaya ahli UMNO khususnya di Pagoh menerima keputusan tersebut dalam keadaan yang tenang, waras dan juga rasional," kata beliau kepada pemberita selepas program Ziarah Ramadan di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, di sini hari ini.
Sementara itu, UMNO Johor menggariskan empat sebab utama untuk menyokong keputusan pucuk pimpinan UMNO.
"Pertama, UMNO sejak tujuh dekad lalu telah memilih untuk menampilkan dirinya sebagai gerakan yang berasaskan penyatuan.
Kedua, disiplin dan santun kepartian mempunyai batasan biarpun UMNO sebuah parti yang terbuka dan sentiasa meraikan perbezaan pendapat," tambahnya.
Beliau juga berpendapat setiap perbalahan dalaman parti harus diselesaikan segera bagi mengelak perpecahan parti dan berpuak-puak.
"Akhir sekali, keputusan tersebut adalah satu bentuk kata putus yang jelas dan pengiktirafan langsung, kepada yang memilih untuk berjuang dalam UMNO," kata beliau lagi.
Dalam pada itu beliau berkata, situasi tersebut pernah dilalui di Johor, dan beliau selaku Ketua Pemuda Bahagian Johor Bahru sekitar tahun 90-an, menghadapinya dengan rasional.
"Kita pernah lalui keadaan seperti ini lebih-lebih lagi dahulu dalam tahun 90-an di Johor Bahru masa saya Ketua Pemuda Bahagian, di mana Ketua bBhagian digantung, Tan Sri Shahrir (Abdul Samad). Namun, kita tidak bertindak untuk memusnahkan parti, Tan Sri Shahrir yang digantung itu pun tidak mengambil tindakan untuk bersama dengan pembangkang dan naik di atas platform dan sebagainya," ujarnya.
Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Jumaat membuat keputusan sebulat suara untuk memecat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Shahrul Hassan
Sat Jun 25 2016
Khaled berharap seluruh ahli UMNO Johor dan Pagoh khususnya menerima keputusan tersebut dengan tenang. - Foto Astro AWANI
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahsulitkan laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
PLKN 3.0 ikut acuan Malaysia, pupuk kemajmukan rakyat - Khaled Nordin
Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 tidak akan mengikut acuan atau format negara luar.
Hukuman lima kadet ALK-UPNM terbabit kes buli dua minggu lagi
Keputusan hukuman terhadap lima kadet ALK Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terbabit dalam dua kes buli berasingan diketahui dalam tempoh dua minggu.
Keputusan perolehan Black Hawk tunggu Oktober ini - Khaled Nordin
Perkembangan kontrak sewaan helikopter Black Hawk untuk Tentera Darat Malaysia (TDM) akan diketahui pada Oktober ini.
Ahli UMNO jangan desak parti - Khaled Nordin
Semua ahli UMNO diingatkan agar tidak lagi mendesak kepimpinan parti dengan pelbagai tuntutan yang sukar untuk dipenuhi.
Status kemajuan LCS 1 kini 75 peratus, LCS 2 pula 64.66 peratus - Khaled
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, status tersebut merupakan yang terkini dilaporkan pada beliau, iaitu sehingga Mei 2024.
Konflik Gaza cabar hati nurani setiap manusia - Khaled Nordin
Malaysia kekal dengan pendirian menyokong gencatan senjata serta-merta dan menyambut baik sebarang cadangan yang membantu ke arah mencapai matlamat itu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan beri bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa
Kerajaan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Nahas helikopter Lumut: 'Tiga kali raptai sebelum terhempas' - Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut.
Mindef tidak lengahkan pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif LTAT
Mindef masih mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selepas dikosongkan baru-baru ini.