UMNO Johor dinasihatkan supaya tidak mengambil mudah dan terlalu yakin akan kekuatan sokongan masyarakat Melayu terhadap parti itu ketika ini.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Noh Omar berkata ini kerana dalam politik, apa sahaja boleh berlaku dan beliau tidak mahu Johor menjadi seperti Selangor yang jatuh ke tangan pembangkang.
"Kita yakin Johor akan terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan UMNO kerana UMNO lahir di negeri ini. Bagaimanapun, kita janganlah terlalu yakin dan mengambil kesempatan kerana dalam politik, tiada yang mustahil.
"Kita harus mengambil iktibar apa yang berlaku di Selangor...pada Pilihan Raya Umum 2004, kita menang semua 22 kerusi Parlimen dan 54 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi pada 2008 habis terbalik.
"Kita hanya menang lima kerusi Parlimen dan 20 kerusi DUN. Jadi, jangan ambil mudah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tebrau yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram di sini, hari ini.
Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata UMNO perlu terus bekerja keras dengan mengubah pelbagai strategi dalam mendekatkan diri dengan masyarakat supaya diterima oleh setiap lapisan.
"Harus ada perubahan...kalau tidak, kita akan ketinggalan," katanya.
Terdahulu, dalam ucapan perasmian, beliau mengingatkan anggota UMNO supaya tidak menjadi anai-anai yang merosakkan parti dari dalam hingga mengakibatkan orang Melayu hilang wadah perjuangan.
"UMNO diumpamakan seperti sebatang pokok rendang yang menjadi kuat hasil sokongan daripada akar-akarnya. Kalau 'akarnya' sudah dimakan anai-anai, tiba-tiba, nanti kita tengok pokok dah tumbang. Kita tidak pakai kapak pun untuk menebang pokok kerana akar tunjangnya sudah reput.
"Itu sebab, hebat macam mana pun UMNO ini, kekuatannya (masih) terletak pada cawangan-cawangan UMNO di seluruh negara. Kalau satu bahagian atau cawangan tidak boleh mesyuarat contohnya kerana tidak cukup korum, itu tandanya akar kita dah mula nak mereput," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2017
Tan Sri Noh Omar berkata ini kerana dalam politik, apa sahaja boleh berlaku dan beliau tidak mahu Johor menjadi seperti Selangor yang jatuh ke tangan pembangkang.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.