UMNO Kelantan akan mewujudkan Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebagai usaha menarik sokongan lebih ramai golongan muda terhadap parti itu menjelang pilihan raya umum ke-14.
Pengerusi badan perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata gerak kerja kempen melalui biro itu akan dilakukan oleh semua bahagian dan cawangan.
Jelas beliau, biro itu juga berperanan memberi kesedaran kepada pengundi muda mengenai perjuangan dan hala tuju sebenar parti.
“Ini penting untuk beri keinsafan kepada mereka tentang perjuangan parti golongan muda… golongan yang penting sekali di IPT. Kita dah wujudkan biro-biro dan antara biro penting ialah biro IPT, penerangan ni yang penting untuk 2014,” kata Mustapa kepada pemberita.
Katanya UMNO Kelantan pada masa sama akan memberi penekanan kepada aspek pengkaderan dan penerangan bagi memperkukuhkan kedudukan parti.
Sementara itu menyentuh soal royalti yang dituntut kerajaan PAS Kelantan, Mustapa memberitahu perkara itu ada dibangkitkan dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob baru-baru ini.
Namun tiada sebarang keputusan dibuat pada pertemuan itu.
Katanya kementerian kewangan masih meneliti hasil kajian jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamed berhubung bayaran hasil petroleum melibatkan Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Astro Awani
Mon Jan 13 2014
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
UMNO Kelantan tubuhkan Biro IPT
UMNO Kelantan akan mewujudkan Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebagai usaha menarik sokongan lebih ramai golongan muda terhadap parti itu menjelang pilihan raya umum ke-14.
Agensi berita di Sabah disaran tubuh biro di Semananjung
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan sarankan setiap agensi media cetak atau akhbar tempatan Sabah menubuhkan biro masing-masing di Semenanjung.