BELURAN: UMNO Beluran mahu mengekalkan kerusi Parlimen Beluran seterusnya meletakkan calon UMNO pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Ketua Bahagian UMNO Beluran Julie Sabran berkata, perkara berkenaan merupakan salah satu usul yang dibincangkan dalam mesyuarat perwakilan baru-baru ini dan ia sebulat suara dilulus seterusnya disokong perwakilan yang hadir.
Menurutnya, kerusi itu perlu dikekalkan kerana ia adalah kerusi tradisi UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Tegasnya lagi, Parlimen Beluran juga merupakan kerusi ‘fixed deposit’ UMNO selama ini.
“Baru-baru ini dalam mesyuarat perwakilan, kita mahu kerusi Parlimen Beluran ini kita kekalkan, sebab ia merupakan kerusi tradisi UMNO.
“Kita akan kekalkan, Insya-Allah kita akan bertanding pada PRU15 dan saya yakin dan percaya kerusi Parlimen Beluran ini merupakan ‘fixed deposit’ kepada BN,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual Astro AWANI, pada Selasa.
Menurutnya, berdasarkan jumlah keahlian UMNO Beluran ketika ini, iaitu lebih 19,000 orang, pihaknya yakin kerusi Parlimen itu dapat dikekalkan milik UMNO pada PRU15 kelak.
Julie berkata, Beluran menjadi antara daerah termundur dan termiskin sehingga hari ini.
Katanya, masyarakat Beluran mahukan perubahan dan pembangunan.
“Penduduk daerah Beluran ini masih dalam keadaan terpinggir. Seperti yang kita sedia maklum, statistik di Sabah, daerah Beluran merupakan yang paling termundur, termiskin.
“Jadi saya yakin dan percaya untuk kepimpinan baru yang akan datang ini insya-Allah daripada UMNO kita akan buat transformasi, terutama sekali untuk membangunkan kawasan-kawasan luar bandar di daerah Beluran.
“Kalau kita tengok di media sosial, mereka rindukan pembangunan di daerah Beluran,” katanya.
Justeru, pihaknya berharap kerusi Parlimen berkenaan dapat dikekalkan sebagai kerusi tradisi UMNO pada PRU15.
Dalam pada itu, Julie menjelaskan, selain usul mengekalkan kerusi tersebut, UMNO Beluran turut meluluskan usul menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mentadbir negara ini sehingga PRU15.
Selain itu, UMNO Beluran juga menyokong padu kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Astro Awani
Wed Dec 22 2021
Julie (kanan) percaya kepimpinan baru yang akan datang mampu membawa transformasi, terutama sekali untuk membangunkan kawasan-kawasan luar bandar di daerah Beluran. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
UMNO belum terima permohonan bekas ahli - Ahmad Zahid
UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Buku 'Idealis Syed Hamid Albar' rungkai kisah hidupnya hadap dunia penuh penipuan
Buku Idealis Syed Hamid Albar boleh disimpulkan sebagai kisah perjalanan bekas Menteri Luar itu yang kesal apabila terlalu berharap mencapai kesempurnaan kerana hakikatnya, dunia penuh penipuan.
SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.