UMNO akan membuat tawaran baharu dengan mana-mana parti yang mahu bekerjasama sebagai persiapan menawan semula negeri Sabah.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kewujudan UMNO Sabah sebagai sebuah entiti politik yang berautonomi akan memberi peluang untuk menentukan hala tuju sendiri berasaskan landskap politik tempatan.
Kata beliau, Sabah dan Sarawak mempunyai potensi besar dalam limpahan pembangunan mapan apatah lagi bakal berjiran dengan ibu negara Indonesia baharu di Kalimantan.
"Oleh kerana Sabah mempunyai potensi cukup besar bersama Sarawak, apatah lagi Borneo atau Kalimantan di mana kita tahu Sabah dan Sarawak merupakan sebahagian Tanah Borneo ini.
"Di mana potensi yang harus digali ini harus dijadikan sebagai sumber utama untuk dipulangkan kembali kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Oleh demikian UMNO Sabah amat komited untuk memperakukan rumusan yang akan dibuat pada hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas bersempena Konvensyen UMNO Sabah di Kota Kinabalu, pada Sabtu.
Hadir sama adalah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Mengulas mengenai pengkhususan strategi UMNO Sabah untuk menawan kembali negeri ini, Ahmad Zahid berkata ia terpulang kepada acuan kepimpinan UMNO Sabah untuk disesuaikan kepada landskap politik semasa.
"Saya telah menyatakan bahawa acuan Sabah adalah untuk rakyat Sabah maka kepimpinan Sabah mengetuai apakah bentuk acuannya untuk UMNO Sabah.
"Pada hemat kepimpinan di peringkat nasional hanya orang Sabah dan kepimpinan Sabah di dalam UMNO sahaja mengetahui apa yang perlu dipersesuaikan dari piagam penyatuan ummah ini mengikut landskap politik di Sabah," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Sat Sep 21 2019
AHMAD Zahid dalam Konvensyen UMNO Sabah di Kota Kinabalu, pada Sabtu. - Foto Ruzaini Zulkepli
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
UMNO mahu tawan semula Sabah - Zahid Hamidi
UMNO akan membuat tawaran baharu dengan mana-mana parti yang mahu bekerjasama sebagai persiapan menawan semula negeri Sabah.