TAIPING:UMNO Perak bertegas mahukan semula lima kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dikembalikan kepada parti itu pada PRU15 akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata lima kerusi berkenaan melibatkan tiga kawasan parlimen iaitu Larut, Bagan Serai dan Bukit Gantang serta dua kawasan DUN iaitu Tualang Sekah dan Sungai Manik.
”UMNO bukanlah parti yang mengamalkan taqiyah atau tipu muslihat dalam bekerjasama, namun mengambil pengajaran daripada episod pengkhianatan pada PRU14 dan kecurangan yang berlaku ketika PRN Sabah baru-baru ini, UMNO berhak untuk berhemat menyusun langkah politiknya.
“UMNO perlu cermat mengenali siapa kawan dan siapa lawan. Jika ditakdirkan perlu ada kerjasama politik di kalangan parti politik Melayu, UMNO wajib bertegas, semua kerusi yang telah dimenangi oleh UMNO pada PRU14, tetapi telah dikhianati oleh wakil yang telah kita amanahkan.
"Maka kerusi itu hendaklah dikembalikan kepada UMNO di dalam PRU15,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian Larut di Taiping pada Sabtu.
Jelasnya lagi, walaupun agihan kerusi pilihan raya belum dimuktamadkan, namun UMNO perlu mempunyai pendirian teguh terhadap hak dan kedudukannya.
Beliau yang juga Menteri Besar Perak turut mengingatkan ahli UMNO di setiap peringkat supaya sentiasa bersedia bagi menghadapi pilihan raya.
UMNO Perak kehilangan lima kerusi berkenaan selepas PRU14 lalu apabila wakil rakyat kawasan tersebut bertindak keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Mereka ialah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali; ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi; dan ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.
Aida Aziz
Sat Jan 02 2021
Saarani turut mengingatkan ahli UMNO di setiap peringkat supaya sentiasa bersedia bagi menghadapi pilihanraya. - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Sebahagian HSK Segari Melintang dibatal, diganti tanah lebih luas - Saarani
Tapak gantian itu telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Durian Pipit melalui Warta Kerajaan No 1777 bertarikh 18 Mei tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, tertinggi dalam sejarah
Kerajaan Negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak.
Penjawat awam Perak dapat BKK dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani
Pengunjung boleh memilih premis yang menawarkan waktu daftar masuk dan keluar yang dirasakan lebih berbaloi.
Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani
Kerajaan negeri sepakat bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2024 hari ini.
MB Perak beri peringatan ada lagi gelombang banjir akan berlaku
Selepas banjir gelombang kedua melanda Sungai Siput pada Selasa, Perak dijangka mengalami lagi beberapa siri banjir menjelang hujung tahun.
Pelihara sumber hasil Sungai Perak demi kelangsungan ekonomi - MB
Beliau berkata pemuliharaan Sungai Perak merupakan satu keutamaan selaras aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.
Perak kenal pasti, pantau beberapa ajaran sesat
Menurut Saarani, Bahagian Penyelidikan di Jabatan Agama Islam Perak akan membuat kajian mendalam mengenai ajaran-ajaran sesat berkenaan.
MB Perak akan menghadap Sultan Nazrin bentang laporan kegiatan GISB
Keputusan untuk memfatwakan GISB sebagai organisasi haram hanya akan dibuat selepas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan ketetapan.