UMNO memerlukan lebih ramai pemimpin seperti Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang dilihat rasional dalam membahaskan hujah.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata ini kerana terdapat segelintir pemimpin UMNO yang lantang berhujah tetapi beremosi seperti Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Selain itu, katanya, ada juga pemimpin UMNO yang mengkritik pembangkang secara semberono serta membangkitkan isu bersifat perkauman dan hanya mementingkan Melayu.
“Sebagai contoh, ada pemimpin UMNO menyifatkan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Eddie Ng sebagai satu lagi kehilangan pemimpin kontroversi.
"Tindakan pemimpin itu dilihat kurang wajar dan Khairy dengan beraninya menegur bahawa kenyataan itu tidak sepatutnya diutarakan oleh pemimpin UMNO," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, UMNO dilihat terlampau bersifat feudal iaitu terlalu menjaga ketua seolah-olah apa yang ketua buat semua betul.
“Kenapa tidak ada pemimpin yang berani mengkritik tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait dengan 1MDB seperti mana yang dilakukan Khairy," katanya.
Mengulas lanjut, beliau yang juga pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, untuk UMNO kekal relevan, kelantangan bukan syarat utama dan penting.
"Kelantangan itu biarlah satu konsisten kalau mereka boleh menjadi berhujah secara rasional," katanya.
Katanya lagi, UMNO juga memerlukan tokoh-tokoh yang boleh diterima oleh semua kaum.
"Kenapa UMNO dilihat begitu asing dan jauh daripada masyarakat ialah kerana arus perjuangan mereka dilihat tersasar daripada kehendak dan kemahuan masyarakat pada hari ini.
"Perjuangan UMNO dilihat lebih tertumpu kepada isu-isu sempit seperti isu Melayu, isu bahasa, isu liberalisme. Ini semua memang isu penting tetapi kita perlu melihat dalam satu kerangka pemikiran yang lebih luas yang mana masyarakat boleh menerima apa juga hujahan yang dibuat,” katanya.
Sinar Harian
Sun Aug 19 2018
Khairy dipuji kerana berani menegur apabila pemimpin UMNO membuat kenyataan yang tidak sepatutnya diutarakan. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'UMNO perlu ramai watak seperti Khairy'
Penganalisis politik berpendapat segelintir pemimpin UMNO lantang berhujah tetapi beremosi seperti Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin.