JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, tidak boleh terus selesa sebaliknya perlu menyesuaikan diri dengan landskap politik baharu susulan kemunculan pelbagai parti ketika ini.
Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan berkata kehadiran parti politik baharu seperti Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak boleh dipandang ringan sebaliknya UMNO perlu mencari strategi yang sesuai bagi memastikan ia terus kekal relevan dalam kalangan generasi muda.
"Memang kita mengiktiraf dan mengambil serius, tidak boleh pandang enteng dengan parti lain kerana ada tarikan daripada mereka termasuk MUDA... UMNO kena sesuaikan dengan landskap baharu ini.
"Ada pihak beranggapan parti baharu tiada akar umbi dan tiada ahli pusat tetapi dalam politik baharu ini, parti yang tiada ahli ramai pun atau tiada rangkaian hebat pun mempunyai kelompok undi yang kita tak boleh pandang ringan," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika sesi santai bersama pengamal media yang akan bertugas semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri itu berkata demikian ketika ditanya mengenai strategi UMNO dalam berdepan saingan terutama parti baharu termasuk MUDA pada PRN Johor.
Pada 29 Jan lepas, Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilapor mengesahkan bahawa parti itu akan bertanding pada PRN Johor.
Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus dengan penambahan 749,731 pemilih berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18 sekali gus menjadi cabaran kepada parti yang bertanding.
Mengulas persiapan Penerangan UMNO pusat dalam mendepani PRN Johor, Shahril Sufian berkata pihaknya akan melihat garis panduan berkempen yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Macam di Melaka, kita sudah pelajari sesuatu dan untuk PRN kali ini, situasinya sedikit berbeza. Sudah tentu kita akan fokuskan kepada penerangan mengenai isu semasa dan bagaimana memenangi semula pengundi atas pagar.
"Kita juga akan tunggu prosedur operasi standard oleh Kementerian Kesihatan... di Melaka agak ketat, cuma kalau boleh memang kita mahu ada kelonggaran (berkempen) untuk (PRN) kali ini di Johor," katanya.
SPR dijangka mengumumkan tarikh PRN Johor selepas mengadakan mesyuarat khas pada 9 Feb ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022
Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan berkata kehadiran parti politik baharu seperti Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak boleh dipandang. - Gambar fail/BERNAMA
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
UMNO belum terima permohonan bekas ahli - Ahmad Zahid
UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Buku 'Idealis Syed Hamid Albar' rungkai kisah hidupnya hadap dunia penuh penipuan
Buku Idealis Syed Hamid Albar boleh disimpulkan sebagai kisah perjalanan bekas Menteri Luar itu yang kesal apabila terlalu berharap mencapai kesempurnaan kerana hakikatnya, dunia penuh penipuan.
SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.