UMNO Selangor pada Ahad meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan wujudnya konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Pengerusinya Datuk Seri Noh Omar berkata pendedahan yang dibuat oleh Xavier Andre Justo, bekas pengarah PetroSaudi International Ltd, kepada pihak polis Thailand menunjukkan adanya jenayah amat serius dan berbahaya.
"Kalau betul apa yang didakwa Justo, ia boleh dianggap mereka yang terlibat sebagai penderhaka," katanya kepada Bernama pada Ahad.
Noh turut mencabar pemimpin pembangkang yang didakwa mengadakan pertemuan dengan Justo supaya tampil membuat penafian jika dakwaan lelaki itu tidak benar.
Justeru itu, katanya, pihak berwajib perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa juga yang terlibat dalam perkara itu.
Beliau mengulas pendedahan Polis Thailand pada Khamis bahawa pemimpin pembangkang bertemu dengan Justo di Singapura untuk membeli maklumat sulit.
Justo, 49, ditahan oleh Jabatan Pembanterasan Jenayah (CSD) Polis Thailand di Koh Samui pada 22 Jun lepas setelah PetroSaudi membuat laporan rasmi terhadap kegiataan peras ugut oleh lelaki warga Switzerland itu.
Di Kuantan, anggota Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata tindakan pihak tertentu bersekongkol dengan pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan BN adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan perlu dikenakan tindakan
tegas.
"Ini satu perbuatan berniat jahat untuk menggulingkan kerajaan dengan cara sebegini dan kita perlu sedar proses untuk Malaysia menjadi negara membangun seperti hari ini bukan mudah.
"Selama ini, banyak faedah pembangunan negara yang dikecapi rakyat dan jika keharmonian negara terjejas, yang menerima kesan adalah rakyat," kata Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia kepada Bernama.
Beliau berharap pihak berkuasa dapat membawa pihak berkenaan ke muka pengadilan secepat mungkin bagi membolehkan tindakan tegas diambil.
Selain itu, katanya hubungan diplomatik Malaysia dan negara-negara anggota ASEAN diharap dapat membantu menyegerakan proses siasatan itu supaya dalang sebenar dapat dikenal pasti.
Pengerusi MIC Pahang K.Tamil Selvam pula berkata tindakan menjatuhkan kerajaan secara 'halus' itu boleh menjejaskan keamanan dan kestabilan negara.
Beliau juga berharap polis dapat melakukan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan konspirasi itu.
Bernama
Sun Jul 19 2015
NOH: Kalau betul apa yang didakwa Justo, ia boleh dianggap mereka yang terlibat sebagai penderhaka. -Astro AWANI / Shahir Omar
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Siasatan OAG Switzerland: Ini hanya 'mainan 'PR' - Justo
Pejabat OAG, setelah dihubungi Astro AWANI berkata, "siasatan ini dijalankan kerana terdapat satu aduan rasmi yang telah dibuat oleh 'seseorang yang berkait rapat dengan siasatan 1MDB".