Penubuhan parti baru tidak akan memberi saingan kepada UMNO terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, ia dilihat sejajar dengan peruntukan amalan demokrasi di negara ini.
"Mana-mana pihak atau individu berhak membuat pilihan menyertai pertubuhan politik sedia ada termasuk menubuhkan parti baru.
"Sesiapa sahaja boleh tubuh parti politik, tetapi kita kena lihat untuk apa? Apakah sekadar untuk membalas dendam atau mengubat hati yang luka atau apakah ada penyokong?" soalnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Jelasnya, perlembagaan juga tidak menghalang jika ada pihak yang berhasrat menubuhkan parti politik baru selain terpulang kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk meluluskannya.
"Bagi UMNO, ianya perkara biasa dan sedikitpun tidak memberi kesan atau saingan yang agak ketara kerana keyakinan rakyat terhadap UMNO masih utuh," tegasnya.
Syed Ali merujuk kepada kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengesahkan telah mendaftar parti politik baru dengan ROS.
Mengulas lanjut, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan memberitahu, parti itu tidak berasa gentar atau terjejas dengan kehadiran parti baru tersebut.
"Kita alu-alukannya dan berharap parti itu bakal memberi saingan politik yang sihat dan selari dengan amalan demokrasi.
"Tidak ada apa-apa kepada UMNO, ia perkara lumrah malah UMNO sudah bersedia untuk berdepan dengan mana-mana parti politik pembangkang menjelang PRU ke-14.
"Berdepan dengan ancaman politik pembangkang bukan perkara baru kepada UMNO malah sudah sebati dengan perjuangannya bermula dengan Parti Negara dan PAS pada zaman pasca kemerdekaan.
"Parti Negara dan PAS adalah dua parti serpihan UMNO, tetapi hampir 70 tahun UMNO tetap kukuh dan meraih sokongan majoriti orang Melayu di negara ini," tegasnya.
Syed Ali juga menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya ada ahli-ahli UMNO akan 'berhijrah' kepada parti baru tersebut.
"Itu cuma persepsi dan provokasi musuh-musuh UMNO untuk melemahkan parti dan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Mereka yang setia kepada perjuangan UMNO tetap setia kepada parti kerana sedar hanya parti itu yang mampu membela nasib rakyat terutama orang Melayu.
"Tidak boleh kata tidak ada (berhijrah), mungkin ada tetapi bilangannya mungkin terlalu kecil dan tidak memberi impak besar kepada UMNO," tegassnya.
Syed Ali menjelaskan, ahli-ahli UMNO akan kembali bersatu dan menguatkan perpaduan bagi menahan serangan pihak pembangkang yang semestinya cuba menghancurkan parti.
"Apabila kita tahu ada musuh diluar rumah kita, sudah semestinya kita akan menguatkan pertahanan atau bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
"Oleh itu, seluruh jentera UMNO di peringkat akar umbi perlu melipatgandakan usaha memberi maklumat sejelas-jelasnya kepada rakyat berkait beberapa isu masa kini," ujarnya.
Mengenai laporan polis dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun terhadap beberapa individu berpengaruh yang disifatkan polis tiada bukti dan berdasarkan andaian, Syed Ali menjelaskan perkara itu merupakan masalah Pemuda UMNO.
"Itu hal Pemuda, barangkali mereka ada kewajaran tanggungjawab untuk berbuat demikian," katanya.
Astro Awani
Sun Aug 07 2016
SYED ALI: Mungkin ada (yang berhijrah ke parti baharu) tetapi bilangannya mungkin terlalu kecil dan tidak memberi impak besar kepada UMNO. - Gambar fail
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Tengku Zafrul sahkan dipanggil SPRM untuk bantu siasatan
Tengku Zafrul mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi SPRM untuk membantu siasatan.
MPN gesa segerakan kelulusan permohonan pekerja asing
Kementerian Sumber Manusia digesa menyegerakan proses kelulusan bagi permohonan-permohonan pekerja asing dalam negara.
"Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kleptokrat" - Muhyiddin
Beliau juga tidak akan sesekali mengganggu kebebasan Badan Kehakiman apatah lagi membelakangi Perlembagaan semata-mata untuk terus kekal berkuasa.
Isu Palestin-Israel: Malaysia, Indonesia dan Brunei gesa sidang tergempar PBB diadakan
Perkara itu dicapai oleh ketiga-tiga pemimpin negarayang mahu sebuah resolusi keamanan dicapai bagi memastikan kekejaman yang menimpa rakyat Palestin ketika ini dapat dihentikan.
Perkasa pegawai, anggota PDRM dalam perundangan - Muhyiddin
PDRM harus mempertingkatkan lagi penyertaan anggota serta pegawai PDRM dalam latihan, kursus atau persidangan.
Terkilan tak dapat jabat tangan ahli Bersatu - Muhyiddin
Begitupun, Muhyiddin berkata, semua ahli harus menerima hakikat bahawa itulah norma baharu yang perlu diamalkan dalam usaha negara melawan dan membendung pandemik COVID-19.
Amalan konvensyen tidak mengikat kerajaan untuk undur diri jika Belanjawan 2021 tidak lulus - Penganalisis
Apa yang perlu dilakukan adalah Parlimen membenarkan usul undi tidak percaya dibahas di Dewan Rakyat untuk menentukan keabsahan kerajaan.
ASEAN, New Zealand perlu terus kukuhkan kerjasama perangi keganasan - Muhyiddin
ASEAN dan New Zealand perlu meneruskan usaha mengukuhkan kerjasama dan kolaborasi dalam mendepani cabaran getir pasca-pandemik, termasuk berkaitan aspek keselamatan dan keganasan.
Tiada darurat: Annuar Musa junjung kasih titah Agong
Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menghargai keyakinan baginda terhadap keupayaan kerajaan menangani COVID-19.
'Ekonomi negara tidak begitu terkesan dengan tindakan Anwar'
Sekiranya berlaku pertukaran kerajaan sekalipun, kesannya tidak begitu ketara kepada ekonomi dan pasaran saham kerana politik Malaysia sememangnya berada dalam keadaan tidak stabil sejak setahun lalu.