KUALA LUMPUR:"Tidak perlu adakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika kes COVID-19 terus meningkat".
Demikian kata bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengenai usul yang akan dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada 31 Januari ini.
Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas itu berkata, UMNO tidak kemaruk seperti didakwa oleh beberapa pihak yang cuba memberi persepsi negatif terhadap parti itu.
"Kita nak minta (PRU15) kalau boleh suku pertama, itu pun kita ambil kira berlapik... sekiranya COVID-19 (sudah ditangani)...
"Orang tidak suka UMNO kata UMNO kemaruk. Tidak ada orang dalam UMNO gila, musim COVID-19 pun nak buat (PRU15), kita cakap suku pertama tapi perlu menangani COVID-19 (terlebih dahulu).
"Kalau tidak ada (belum dapat ditangani), tangguh sahajalah, kalau kita menarik sokongan Ahli Parlimen daripada kerajaan sekalipun, bukan automatik Parlimen terbubar.
"Tetapi Perdana Menteri kena lapor kepada Yang di-Pertuan Agong... sekarang majoriti dua kerusi Parlimen... kalau lapan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) keluar, dah hilang majoriti," katanya ketika ditemui di satu majlis di ibu negara pada Sabtu.
Sebelum ini, UMNO dalam satu kenyataan memaklumkan usul PRU15 diadakan pada suku pertama tahun 2021 tertakluk kepada keadaan COVID-19 akan dibawa dan diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO hujung Januari ini.
Fareez Azman
Sat Jan 09 2021
Mohamed Nazri berkata UMNO tidak kemaruk seperti didakwa oleh beberapa pihak yang cuba memberi persepsi negatif terhadap parti itu. - Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Resepsi bertemakan perkahwinan tradisional Melayu mulakan kepengerusian ASEAN 2025 Malaysia dengan meriah
Resepsi dianjurkan bagi meraikan Setiausaha Pertama Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB, Nizhan Faraz Rizal dan isteri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Nazri Aziz sesuai sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat - Zahid Hamidi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz merupakan personaliti yang sesuai sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, kata Ahmad Zahid.
"Jangan sekat demokrasi dalam UMNO" - Nazri Aziz
Usaha menghalang jawatan tertentu tidak dipertandingkan akan memperlihatkan UMNO sebuah parti yang tidak lagi demokratik.
'Kalau tidak faham isu jangan bercakap', pesan Nazri pada Naib Presiden MIC
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Naib Presiden MIC, A Kohilan Pillay sebagai seorang yang tidak faham isu tetapi cuba menunjuk pandai.
'Apa beza lompat seekor dengan lompat sekumpulan? Sama sahaja' - Nazri
Datuk Seri Nazri Aziz bertegas agar jangka masa tetap untuk Parlimen selama lima tahun dibuat bagi menghalang wakil rakyat khianat terhadap rakyat yang mengundi.
'Bukan isu saya takut kalah tapi masa belum sesuai untuk PRU15' - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan beliau tidak mahu PRU15 disegerakan bukan kerana takut kalah tetapi masanya belum sesuai.
Meluat tengok YB Shah Alam - Nazri Aziz
Khalid minta pendirian Nazri berhubung parti yang mengambil Ahli Parlimen yang melompat parti.
Pertemuan Menteri UMNO: Mungkin bincang keperluan PRU15 lebih awal - Nazri
Pertemuan beberapa Menteri UMNO di sebuah hotel di Putrajaya mungkin berbincang mengenai keperluan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 lebih awal.
RUU Antilompat Parti: Blok Pembangkang beri amaran terakhir!
"Maka, kita (pembangkang) harap bentang segera RUU Anti Lompat Parti, ini amaran terakhir daripada kami." - Mohamad Sabu