Satu undang-undang baharu perlu digubal bagi mewajibkan peserta industri pembinaan menggunakan sistem pembinaan berindustri (IBS) yang mengurangkan kebergantungan negara secara ketara kepada pekerja asing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata menerusi IBS yang juga dikenali sebagai pembinaan pasang siap, komponen binaan dihasilkan di kilang dalam persekitaran terkawal dan dihantar ke tapak pembinaan untuk dipasang menjadi struktur dengan tenaga kerja yang minimum.
"Dalam bidang pembinaan, ada ramai tenaga kerja asing dan apabila IBS digunakan, maka kita boleh kurangkan kebergantungan kepada pekerja asing di tapak pembinaan sebab semua komponen perumahan dibuat di kilang.
"Bila komponen dibuat di kilang, ia dihantar terus ke tapak pembinaan dan sekali gus dapat menangani isu pencemaran bunyi serta masalah pembuangan sampah di tapak pembinaan yang mengganggu mereka yang tinggal di sekitar projek pembinaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Kemahiran Belia Akademi Latihan Terowong syarikat MMC Gamuda di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata langkah mewajibkan penggunaan IBS juga bertujuan membatasi pengaliran wang ke luar negara sehingga RM30 bilion setahun oleh pekerja asing.
Beliau berkata peserta industri pembinaan perlu diberikan jangka masa sekurang-kurangnya tiga tahun bagi membina kilang IBS sendiri sebagai persediaan awal menyesuaikan diri dengan sistem itu sebelum mewajibkan penggunaannya.
Abdul Rahman berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar untuk memperhalusi cadangan mewajibkan penggunaan IBS.
Dalam pada itu, beliau memuji kecekapan MMC Gamuda yang mempunyai kilang IBS sendiri di samping membina Akademi Latihan Terowong yang menjadi akademi pertama di dunia menyediakan latihan dalam kerja-kerja berkaitan terowong menggunakan teknologi mesin pengorek terowong.
Terdahulu, Abdul Rahman menyampaikan sijil tamat latihan kepada 100 pelatih daripada akademi itu yang menamatkan latihan pengkhususan dalam kimpalan, kerja-kerja mekanikal dan elektrik dalam industri pembinaan terowong.
Selain itu, kesemua mereka menerima surat tawaran kerja daripada Kumpulan Gamuda untuk terlibat dalam kerja-kerja pembinaan bahagian bawah tanah Laluan 2 MRT (Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) yang dijangka bermula November ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2017
Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata menerusi IBS yang juga dikenali sebagai pembinaan pasang siap, komponen binaan dihasilkan di kilang dalam persekitaran terkawal. -Gambar fail
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.
PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).