KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti undang-undang berkaitan judi sedia ada untuk tujuan pindaan penambahbaikan bagi memastikan undang-undang itu relevan dengan perubahan modus operandi sindiket perjudian terutamanya perjudian dalam talian.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata justeru, Kementerian Dalam Negeri telah terlibat dalam kajian undang-undang berkaitan perjudian yang sedang dijalankan oleh Kementerian Kewangan untuk ditambah baik supaya sentiasa selaras dengan perkembangan semasa.
Beliau berkata ia antara langkah yang diambil dan dirancang oleh kerajaan terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan serta membanteras kegiatan perjudian yang dijalankan sama ada oleh orang perseorangan atau sindiket.
"Langkah lain adalah mengadakan operasi dan serbuan secara berterusan melalui Op Dadu termasuklah operasi bersepadu dengan kerjasama agensi lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melumpuhkan kegiatan ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Noorita Sual (PH-Tenom) mengenai langkah dan tindakan undang-undang yang diambil bagi membendung dan membanteras perjudian dalam talian yang semakin berleluasa.
Ismail berkata PDRM juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi sekatan laman sesawang perjudian di bawah Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya, PDRM juga bekerjasama dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan syarikat bekalan air untuk tindakan pemotongan bekalan elektrik dan air terhadap premis yang sering digunakan oleh sindiket perjudian.
Selain itu, PDRM juga mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam kegiatan itu termasuk penjaga premis dan penganjur kegiatan perjudian tanpa lesen di bawah peruntukan undang-undang berkaitan judi sedia ada seperti Akta Rumah Judi Terbuka 1957 dan Akta Pertaruhan 1953.
Beliau berkata sebanyak 2,294 pertuduhan melibatkan perjudian dalam talian direkodkan di seluruh negara pada 2019; 2,911 pertuduhan pada 2020; dan 2,165 pertuduhan tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 08 2021
Ismail pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
PRU15: Hentikan politik kebencian, usik peribadi pesaing - Ismail
Jelas Ismail, tindakan memburukkan saingan mereka tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang calon wakil rakyat.
Tiga program banduan bantu kerajaan jimat sehingga RM270 juta
Jabatan Penjara Malaysia dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM270 juta melalui tiga program banduan.
Kes warganegara anak lahir di luar negara berhak dirayu di Mahkamah Persekutuan
Pihak terbabit dalam kes berkaitan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia, masih mempunyai hak untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 2021 mampu jimat kos, hukuman lebih adil
Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 dilihat mampu menjimatkan kos pengurusan penjara selain mewujudkan hukuman lebih adil kepada pesalah.
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021
Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said.
Dewan Rakyat: K'jaan cadang pinda Kanun Tatacara Jenayah, Kanun Keseksaan tangani penipuan dalam talian
Langkah itu perlu dilakukan memandangkan negara kerugian hampir RM3 bilion akibat jenayah siber itu.
Pembubaran Aksem tidak beri kesan negatif kepada kawalan sempadan
Pembubaran Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) tidak mendatangkan kesan negatif kepada operasi penguatkuasaan pengawalan sempadan negara pada masa ini.
Kes kematian dalam tahanan polis disiasat unit khas mulai 2022
Ia akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
Dewan Rakyat: 208 kematian tahanan Imigresen dilapor dari 2018 hingga 15 Feb
Sebanyak 208 kematian dalam tahanan depot Imigresen direkodkan bagi tempoh 2018 hingga 15 Feb lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Dewan Negara lulus RUU Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021.