KUALA LUMPUR: Pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas telah diwartakan dan akan berkuat kuasa pada 15 Dis ini.
Perkara itu dinyatakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 1 Dis yang disiarkan Jabatan Peguam Negara yang turut menyatakan nama Setiausaha Jemaah Menteri Tan Sri Mohd Zuki Ali.
"Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subsekyen 1(2) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 [Akta A1603], Yang di-Pertuan Agong menetapkan 15 Disember 2021 sebagai tarikh Seksyen 3 Akta itu mula berkuat kuasa," menurut warta itu.
Seksyen 3 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 menyatakan pindaan terhadap umur bagi warganegara yang layak mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun dan membenarkan pendaftaran pengundi secara automatik bagi menggantikan sistem semasa yang menyaksikan rakyat Malaysia perlu memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.
Sebelum ini, cadangan pindaan itu telah diluluskan pada mesyuarat kedua sesi kedua Parlimen ke-14 pada Julai 2019, namun tidak dilaksanakan.
Pada 7 Sept lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan Undi18 menjelang 31 Dis ini bagi mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Kuching.
Pada 6 Sept lepas, Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak memerintahkan SPR dan kerajaan melaksanakan Undi18 menjelang 31 Dis ini.
Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman lima anak muda yang menggesa kerajaan melaksanakan segera pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021
Sebelum ini, cadangan pindaan itu telah diluluskan pada mesyuarat kedua sesi kedua Parlimen ke-14 pada Julai 2019, namun tidak dilaksanakan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Malaysia gesa masyarakat antarabangsa terus menekan Israel
Wisma Putra menjelaskan keganasan Israel terhadap Palestin di Gaza yang menyebabkan kini dilanda kebuluran, malnutrisi dan penyakit.
10 Berita Pilihan - (29 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kementerian bercadang anjur jelajah tingkat kesedaran kanak-kanak guna media sosial - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau telah berhubung dengan pejabat Menteri Pendidikan bagi menyatakan hasrat itu.
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Tumpuan Sabtu - 30 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 berkuat kuasa esok
Bermula esok, Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) akan berkuat kuasa.
Perintah gaji minimum RM1,500 telah diwartakan
Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 yang berkuat kuasa 1 Mei ini telah diwartakan sebagai Warta Kerajaan Persekutuan semalam.
Undi18: Pendaftaran automatik berkuat kuasa 15 Disember
Perkara itu dinyatakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 1 Dis yang disiarkan Jabatan Peguam Negara.
Individu ingkar SOP COVID-19 berdepan denda RM10,000 mulai 11 Mac 2021
Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.
COVID-19: Tempoh pemerhatian menteri pulang dari luar negara dikurangkan kepada 3 hari
Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 2 Februari dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba itu disiarkan dalam portal rasmi e-Warta Persekutuan hari ini.
Perintah Kawalan Pergerakan digazet, hukuman 6 bulan penjara, tambahan sektor penting
Warta Kerajaan Persekutuan Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.