Durian Musang King dari Malaysia akan dijual di United Kingdom buat pertama kali. Sebelum ini, hanya durian dari Thailand sahaja yang berada di pasaran.

Musang King Durian dikenali dengan saiznya yang jauh lebih besar dan lebih wangi. Ia juga memiliki isi yang lembut dan manis.

Ia juga terkenal dengan aroma yang kuat sehingga beberapa lapangan terbang dan hotel melarang untuk orang ramai membawa masuk buah durian.