Unit Dana Bumiputera Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan rungutan usahawan dalam sistem penyampaian dana selama ini selesai dengan pendekatan tersendiri.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, ia sekali gus jalan penyelesaian terbaik agar matlamat kerajaan dalam membantu usahawan tercapai.
Jelasnya, beberapa masalah sudah dikenal pasti dari pihak agensi dan usahawan sendiri hasil Konvensyen Dana Bumiputera yang dibuat sebelum ini.
"Isu kelewatan maklum balas, maklumat tidak sampai akar umbi, berlaku pemikiran berbeza, selain ada agensi ini yang tidak mengembangkan maklumat mereka secara menyeluruh menyebabkan salah faham dan usahawan merungut kerana mereka perlu dana atau pinjaman," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merupakan Penaung Unit Dana Bumiputera sementara Khairul Azwan merupakan penasihat bagi unit berkenaan.
Katanya dana yang disediakan adalah antaranya dari Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Amanah Rakyat (MARA), TEKUN Nasional dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS).
Dalam pada itu katanya, Expo Outreach Dana yang akan diadakan di Stadium Indera Mulia Ipoh pada Ahad depan merupakan platform pertemuan agensi dengan usahawan.
"Pada waktu itu, usahawan boleh berbincang dan menyelesaikan sebarang permasalahan mereka selama ini. Ia akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Kita jangka lebih 25,000 usahawan akan hadir pada hari berkenaan.
"Perlu jelas, kita bukan satu badan pemberi dana atau membangunkan usahawan. Akan tetapi kami adalah pemudah cara bagi membantu para usahawan untuk melakukan langkah yang pertama dengan membantu mereka memadankan ke arah agensi yang sesuai bergantung kepada bidang perniagaan atau jenis perniagaan masing-masing," jelasnya.
Sebelum ini, Khairul Azwan dilaporkan berkata, sistem penyampaian dana khusus untuk Bumiputera terbukti masih lemah apabila masih ada pelbagai rungutan dan aduan daripada orang ramai tentang kesukaran mendapat maklumat serta proses birokrasi yang terlalu remeh.
Tegasnya, isu itu semakin serius selepas pelbagai bentuk geran, dana serta inisiatif mesra rakyat yang diumumkan kerajaan tidak dapat dirasai oleh pihak-pihak yang sepatutnya.
Wan Syamsul Amly
Thu Apr 14 2016
PEMUDA UMNO: 'Unit Dana Bumiputera selesai rungutan usahawan' - Gambar fail
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Banjir: Abang Viva nafi kutip dana, minta orang ramai hati-hati
Sambil menafikan ada membuat kutipan dana untuk membantu mangsa banjir, Azwan, 29, juga menolak dakwaan dirinya mengenakan bayaran daripada pihak media yang ingin menemubualnya.
Unit Dana Bumiputera selesai rungutan usahawan - Pemuda UMNO
Unit Dana Bumiputera Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan rungutan usahawan dalam sistem penyampaian dana selama ini selesai dengan pendekatan tersendiri.
Sistem penyampaian dana Bumiputera masih lemah - Khairul Azwan
Sistem penyampaian dana khusus untuk Bumiputera terbukti masih lemah apabila masih ada pelbagai rungutan kesukaran mendapat maklumat serta proses birokrasi yang remeh.
'Segera bentang kandungan kotak hitam MH17' - Azwan Bro
Kerajaan digesa segera membentang kandungan dua kotak hitam daripada pesawat MH17 yang diserah kepada Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom kepada umum.
Isu MARA: 'Saya saman Rafizi hari ini' - Azwan Bro
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun hari ini memfailkan saman ke atas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam isu ketirisan hartanah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mengaitkannya baru-baru ini.
Syarikat farmaseutikal perlu buktikan KPI dalam R&D - Azwan Bro
Pemuda UMNO meminta kerajaan memberi penekanan kepada syarikat farmaseutikal untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta menjadikannya Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) kepada mereka.
Cabaran debat AMK: Nik Nazmi, cukup-cukuplah buat cabaran lapuk - Azwan Bro
Nik Nazmi disaran berhenti menggunakan taktik lapuk apabila mencabar Khairy Jamaludin atau pendakwaraya, Muhammad Shafee berdebat mengenai hukuman liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bangkitlah pengguna, sampai bila mahu terus 'dirogol' orang tengah - Azwan Bro
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mahu pengguna bangkit dan menunjukkan kuasa pembeli kepada orang tengah dan pemborong yang masih degil menurunkan harga barangan.
Eric Paulsen bodoh bila padam tweet hina Jakim, tweet Azwan Bro
Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen disifatkan sangat bodoh apabila didapati memadamkan catatan tweet yang mendakwa Jakim mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini.
Pemimpin UMNO jangan beri muka kumpulan haluan kanan - Azwan Bro
Pimpinan tertinggi UMNO diminta tidak memberi lebih perhatian terhadap mana-mana kumpulan politik haluan kanan yang mendakwa memperjuangkan lebih kepentingan kepada kaum Melayu.