Universiti di negara ini diminta memastikan mahasiswa mereka yang bakal menamatkan pengajian mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik sebelum memasuki pasaran pekerjaan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting ketika ini dan banyak pihak terutama majikan di sektor swasta yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penguasaan bahasa itu di kalangan graduan.
"Ramai graduan bila menulis, boleh buat dengan baik tetapi bila bercakap ada kekurangan. Lepasan universiti bila temuduga terutama dengan swasta gagal menjawab soalan dengan baik," katanya dalam ucapannya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Institusi Pendidikan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh di sini hari ini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata oleh itu pihak universiti perlu mengadakan ujian untuk graduan supaya mereka menguasai Bahasa Inggeris dengan baik selain Bahasa Melayu.
"Sebelum keluar universiti dalam kelulusan bidang masing-masing, perlu ada penguatkuasaan yang kuat dalam Bahasa Inggeris. Mereka dah belajar Bahasa Inggeris tak berhenti sejak sekolah rendah, sekolah menengah dan kemudian universiti.
"Kemampuan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik perlu untuk tujuan kebolehpasaran. Kita tak nak ada graduan menganggur kerana tidak boleh kuasai bahasa Inggeris," katanya.
Sementara itu, Muhyiddin berkata kerajaan akan terus menjadikan aspek pembangunan pendidikan sebagai keutamaan dalam memajukan negara ini.
Katanya sejak negara mencapai kemerdekaan, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menjadikan pendidikan sebagai cara untuk menangani masalah kemiskinan dan ia terbukti cukup berjaya.
Beliau berkata strategi itu terbukti tepat apabila paras kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia yang lebih 60 peratus sewaktu negara merdeka, kini turun ke paras yang sangat kecil dalam tempoh 57 tahun.
"Waktu negara mula-mula merdeka, sebahagian besar rakyat negara ketika itu tidak mendapat peluang pendidikan yang mencukupi. Selepas merdeka kita cari cara atasi kemiskinan dengan antaranya membekalkan anak bangsa dengan ilmu pengetahuan supaya mereka dapat keluar daripada lingkungan kemiskinan," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun pelbagai usaha dijalankan dalam meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini, masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk melonjakkan sektor pendidikan agar setanding dengan negara-negara maju.
Muhyiddin berkata kerajaan juga telah menjalankan usaha supaya bidang Sains dan Teknologi menjadi bidang yang diberi keutamaan supaya lebih ramai pelajar menyertainya.
"Ia berkait dengan produktivti dan kemahiran. Di peringkat kementerian, dalam tahun-tahun akan datang kita akan bina kemudahan pendidikan vokasional untuk menjadikan bidang ini menarik seperti bekerjasama dengan industri," katanya.
Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman, Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar, dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Datuk Dr Awang Sariyan.
Bernama
Thu Apr 30 2015
MUHYIDDIN: Pihak universiti perlu mengadakan ujian untuk graduan supaya mereka menguasai Bahasa Inggeris dengan baik selain Bahasa Melayu. -Gambar fail
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
PM Anwar mahu KPM beri penekanan penguasaan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris
Perdana Menteri mahu KPM memberikan penekanan terhadap penguasaan tiga subjek utama pendidikan iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Ramai warga Malaysia lupa bahasa ibunda, cenderung berbahasa Inggeris - Warga Jerman
Michael Luebke gusar dengan segelintir masyarakat Malaysia yang dilihat kurang menjunjung budaya dan identiti mereka.
Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa
Kamus Braille dwibahasa yang pertama di negara itu, bakal memberi manfaat kepada golongan OKU penglihatan dan guru-guru yang mengajarnya.
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.
Tok Pa lancar kelas tuisyen bahasa Inggeris untuk anak-anak Jeli
Sebagai permulaan, seramai 180 orang pelajar sekolah rendah membabitkan 21 buah sekolah dari Tanah Merah dan Jeli akan mengikuti kelas tambahan bermula esok.
Memahami proses pemilihan pinjaman bahasa - DBP
Terdapat sebuah jawatankuasa di DBP yang bertanggungjawab dalam mencari setiap istilah atau perkataan baharu dalam bahasa Melayu.
Keperibadian Tan Sri Arshad jadikan Melayu sedia kuasai bahasa Inggeris - Sultan Perak
Titah baginda, ia termasuk kaedah pengajaran yang dapat memberikan nilai tambah dan membantu penguasaan ilmu.
Empat tahun tewas akibat gugup, Mohd Arfaizal akhirnya muncul juara pidato
Pegawai di Jabatan Operasi Kredit Bank Muamalat Malaysia Bhd itu mengakui musuh utamanya sepanjang penyertaan dalam pidato adalah gugup pentas.
NUTP tidak setuju guru Bahasa Inggeris duduki MUET
Sehubungan itu pihaknya merayu campur tangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan memperbetulkan keadaan yang disifatkan semakin menekan dan membebankan guru-guru Bahasa Inggeris dalam negara.
Pelaksanaan 'PPSMI baharu' dikhuatiri wujudkan dualisme pemikiran
Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Ali Hassan khuatir akan wujud dua kelompok yang berbeza daya fikir mengikut bahasa.