Keputusan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan menubuhkan kerajaan baharu Sabah bersama-sama Parti Warisan Sabah dan Pakatan Harapan (PH) adalah disebabkan suara rakyat yang mahukan perubahan kerajaan.
Pemangku Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata jumlah undi di Sabah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menunjukkan kelebihan kepada Warisan dan PH.
"Untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Sabah, Warisan dan PH telah memperolehi 57 peratus undi (undi popular), manakala mengikut undi parlimen pula Warisan dan PH memperolehi 60 peratus undi. Berdasarkan peratusan undi ini kita melihat bahawa rakyat mahukan perubahan dan mahukan kerajaan yang baharu.
"Tambahan pula kerajaan pusat juga telah bertukar kerajaan dan bukan lagi kerajaan BN ... oleh itu Majlis Tertinggi UPKO telah membuat keputusan untuk meninggalkan BN dan menubuhkan kerajaan baharu Sabah bersama dengan Warisan dan PH...inilah yang rakyat mahukan," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata demikian ketika berucap pada majlis 'Pesta Moginakan' (pesata keramaian) di Kampung Tibabar, Kiulu dekat sini semalam. Madius merupakan Anggota Parlimen Tuaran dan telah dipilih sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik, sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah.
Beliau juga berterima kasih kepada semua pengundi di kawasan Tuaran yang telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk memenangi PRU14.
"Saya tahu masyarakat Tuaran, khususnya Kiulu telah meletakkan harapan besar kepada saya untuk terus memajukan daerah ini, sekali gus memajukan rakyat berbilang kaum dan agama yang ada di sini. Apa yang kita sedang lakukan adalah menyusun dan merancang apa yang kita akan lakukan dalam perubahan ini.
Selain itu apa yang kita mahukan adalah rakyat perlu bersatu hati...dan jadikan pilihan raya lepas sebagai satu pengajaran," tambahnya.
Madius berkata dalam kerajaan baharu Sabah kini banyak cabaran yang perlu dilaksanakan termasuk mengkaji semula dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini.
"Contohnya jawatan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Sistem JKKK akan dikaji semula dan Kementerian Luar Bandar Sabah telah diminta untuk mengkaji semula sistem itu dan kemudiannya akan dibentangkan kepada kabinet negeri.-- LAGI
"Oleh itu buat masa kini tiada lagi pelantikan JKKK baharu di Sabah. JKKK sedia ada juga boleh bertugas seperti biasa sehingga sistem baharu akan diperkenalkan. Kita di Sabah merasakan sistem itu masih perlu cuma perlu diubah suai," katanya.
Beliau berkata begitu juga dengan jawatan ketua-ketua kampung dan perjawatan di Mahkamah Anak Negeri.
"Kita di Sabah telah mewujudkan satu kementerian baharu iaitu Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri dan kementerian itu yang telah diarahkan untuk mengkaji semula sistem Mahkamah Anak Negeri dan apa yang kita mahukan adalah Mahkamah Anak Negeri ini setaraf dengan Mahkamah Syariah," katanya.
Sementara itu, Madius berkata apa sahaja yang diumumkan kerajaan terdahulu untuk Parlimen Tuaran termasuk menaik taraf Kiulu sebagai daerah kecil akan diteruskan dan beliau telah meminta menteri berkaitan untuk menyediakan kertas kerja untuk perkara tersebut dan kita berharap perkara ini dapat dilaksanakan tahun ini.
"Selain daripada itu hal-hal berkaitan dengan urus tadbir tanah akan diteruskan seperti mana yang kita telah perjuangkan selama ini dan kita berharap hal-hal berkaitan dengan penyukatan tanah dapat dilaksanakan seperti yang kita telah laksanakan sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 17 2018
Pemangku Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata jumlah undi di Sabah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menunjukkan kelebihan kepada Warisan dan PH. Facebook: @Wilfred Madius Tangau
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.