Inisiatif yang dilakukan pengerusi Pusat Jagaan Al-Fikrah Azmi Mohd Zain harus dipuji kerana beroperasi secara proaktif dengan usaha sendiri.
Menurut perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, golongan yang terpinggir harus diberi keutamaan supaya mereka mendapat pembelaan sama seperti orang lain.
Beliau berkata demikian ketika melawat pusat jagaan tersebut yang menempatkan 70 penghuni, pada Rabu.
Jelas Najib, golongan yang terpinggir sering dianaktirikan oleh sesetengah masyarakat.
Untuk itu, katanya, pelbagai pihak digesa agar memberi perhatian dan turut sama memantau usaha yang dilakukan oleh beberapa individu yang sanggup mengorbankan masa dan wang semata-mata mahu membela nasib mereka yang tidak berkemampuan.
Prihatin dengan inisiatif pengerusi pusat jagaan itu, beberapa pihak turun padang bersama perdana menteri untuk menghantar barang-barang keperluan seperti kerusi roda, tilam, lampin pakai buang dan makanan.
Sementara itu, kerja baik pulih sistem paip dan pendawaian elektrik bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat agar penghuni di situ dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.
Pusat jagaan yang terletak di Kajang itu sudah beroperasi sejak 2013.
Ia ditubuhkan bagi membantu individu yang tidak berkemampuan, orang kurang upaya (OKU) hidup sebatang kara selain remaja yang terjerumus dalam masalah sosial.
Malissa Sahari
Wed Mar 23 2016
Najib (kanan) bersama pengerusi Pusat Jagaan Al-Fikrah Azmi Mohd Zain ketika lawatannya pada Rabu. -Astro AWANI
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Usaha murni Pusat Jagaan Al-Fikrah mendapat perhatian Perdana Menteri
Perdana Menteri turun padang untuk menghantar barang-barang keperluan seperti kerusi roda, tilam, lampin pakai buang dan makanan kepada Pusat Jagaan Al-Fikrah.