Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengakui usaha menyatukan parti pembangkang di dalam blok baharu bukan perkara yang mudah.
Pada masa sama, katanya, beliau menyokong pendirian Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk memberi penekanan terhadap sikap inklusif dalam pembentukan blok baharu pembangkang.
"Parti Keadilan sedari awal sentiasa mengambil sikap inklusif dan akan bekerjasama dengan semua pihak yang komited dengan agenda reformasi.
"Saya akui untuk uruskan muafakat bukan perkara yang mudah, tapi kita perlu laksanakan. Itu yang kita panggil pemimpin," katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam di sini, pada Isnin.
Beliau menyifatkan krisis yang berlaku di antara PAS dan AMANAH bukan satu kelemahan, tetapi satu peluang.
"Dalam krisis seperti ini, saya tidak lihat ia satu kelemahan. Setiap krisis itu ada satu peluang untuk kita muhasabah dan melihat bagaimana kita boleh perbaik keadaan," katanya lagi.
Menurut Azmin, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menyelesaikan konflik yang sedang berlaku di antara kedua-dua parti sekiranya mahukan keadilan dan kebenaran.
Sebelum ini, PAS dilaporkan tidak akan menyertai persidangan meja bulat yang dianjur PKR kerana masih belum bersedia.
Dania Zainuddin
Mon Sep 21 2015
AZMIN: Parti Keadilan dari awal sentiasa mengambil sikap inklusif dan akan bekerjasama dengan semua pihak yang komited dengan agenda reformasi. -Gambar fail
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.