Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah usaha pencegahan perlu diberi perhatian utama untuk meminimumkan dan menangani masalah berkaitan pelarian.
"Jika tidak usaha menangani isu pelarian akan berakhir seperti usaha mahu menolak ombak di pantai, semakin ditolak, semakin datang," katanya semasa berucap pada majlis sambutan Maal Hijrah 1437 peringkat negeri di sini, hari ini.
Titah baginda pelarian merupakan produk atau natijah daripada pelbagai tragedi yang berlaku dan majoritinya berpunca daripada perbuatan tangan-tangan zalim manusia, sama ada persengketaan atau pencemaran alam.
"Menguruskan program perlindungan adalah pendekatan curative (penyembuhan). Usaha-usaha preventive (pencegahan) untuk meminimumkan kejadian pelarian lebih penting diberikan perhatian," katanya.
Sultan Nazrin Shah, yang telah berkenan untuk menjadi Pengerusi Bersama Panel Kewangan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertitah menangani masalah pelarian adalah tanggungjawab yang sangat besar, sangat berat dan sangat mencabar.
"Terutama untuk mengimbangi antara semangat kesejagatan yang terkandung di dalam Al-Quran dengan realiti politik dunia semasa yang telah membelah bahagikan bumi Allah ini menurut garis sempadan negara bangsa.
"Mengimbangkan semangat kesejagatan tanpa mencetuskan tentangan dan konflik kepada negara bangsa adalah tugas yang amat rumit. Tugas yang memerlukan pendekatan berhikmah, supaya tidak akan tercetus polemik dan konflik baru," titah baginda.
Lantaran itu, titah baginda dalam menangani situasi pelarian, semangat tinggi kemanusiaan yang dianjurkan oleh Islam dan seruan yang mewajibkan bantuan dihulurkan menurut yang terkandung di dalam Al-Quran perlulah dijadikan panduan.
"Islam secara tegas meletakkan tanggungjawab kepada para pemimpin begitu juga individu Islam yang berada di dar al-Islam untuk menghulurkan bantuan kepada setiap pelarian dan hendaklah dilaksanakan berlandaskan semangat inklusif, semangat yang mengamalkan penerimaan manusia daripada pelbagai bangsa, kaum dan kewarganegaraan selaras dengan maksud yang terkandung dalam ayat 6 Surah At-Taubah," titah baginda.
Sulan Nazrin Shah bertitah fenomena pelarian yang jumlahnya kini bertambah besar adalah satu ujian Allah SWT kepada komuniti dunia, terutama sekali kepada para pemimpin Islam.
"Para amirulmukminin, para ulama, para umara, para ummah dan seluruh umat manusia, lebih-lebih lagi mereka yang memiliki kuasa dan memiliki kekayaan wajib insaf bahawa mereka sedang berhadapan dengan ujian daripada Allah Subhanahu Wataala.
"Bahawa rezeki kekayaan yang dilimpahkan baik kepada individu mahupun di bumi mereka berpijak adalah anugerah daripada Ilahi; manusia hanyalah pemegang amanah kepada khazanah kurniaan Ilahi seperti yang terkandung dalam ayat 105, Surah Al Anbiyaa," titah baginda.
Sultan Perak bertitah malangnya dimensi dan perspektif Islam yang jelas terkandung di dalam Al-Quran tidak dijadikan sumber utama rujukan dalam usaha menangani isu pelarian ketika ini.
"Malah kaedah pendekatan yang dianjurkan oleh Islam telah disisihkan. Elemen keinsanan yang menjadi teras dan terbukti berperanan besar mencerminkan kemurnian Islam dalam hubungan kemanusiaan dan hubungan antarabangsa telah dipinggir," titah baginda.
Sultan Nazrin Shah bertitah: "Islam menegaskan bahawa setiap pelarian adalah makhluk Ilahi, yang berada di bawah naungan Ilahi, yang wajib diberikan layanan yang saksama."
Islam menganjurkan umatnya untuk keluar daripada sesuatu bahaya dan Islam turut menegaskan bahawa umatnya wajib menghulurkan bantuan kepada mereka yang terpaksa melakukan hijrah kerana darurat, titah baginda.
Baginda bertitah perangkaan turut menunjukkan 80 peratus pelarian terdiri daripada umat Islam, malah ia turut menunjukkan peratus terbesar pelarian berasal dari wilayah yang dikuasai dan didiami oleh majoriti umat Islam.
"Perangkaan juga menunjukkan, peratusan terbesar bantuan yang diperlukan adalah untuk program-program di wilayah dan negara yang majoriti penduduknya adalah umat Islam. Dan perangkaan pula menunjukkan peratusan bantuan yang diterima dari kalangan pemimpin, negara, institusi dan individu Islam adalah yang paling kecil," titah baginda.
Sultan Nazrin Shah bertitah Islam sejak awal lagi telah merintis, mempelopor dan mengasas hak asasi manusia untuk mendapat perlindungan, berpandukan konsep Hijrah yang lebih luas dan lebih menyeluruh jika dibandingkan dengan definisi yang terkandung dalam Artikel 1, Geneva Convention berkaitan status pelarian yang diolah pada 28 Julai 1951.
"Ummah terutamanya, dan seluruh umat manusia wajib merenung secara mendalam semangat keinsanan yang telah dicerminkan oleh kaum Ansar di Madinah 1,437 tahun yang lalu.
"Semangat Ansar ini wajib difahami, diterokai, dihayati lalu dijelmakan kembali. Sempena sambutan ulang tahun hijrah kali ini, marilah kita semai di dalam hati kita Semangat Ansar," titah baginda.
Pada majlis itu, Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan anugerah Ar-Ridzuan kepada bekas ketua setiausaha negara Tun Dr Ahmad Sarji Abdul Hamid, serta anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak kepada pendakwah terkenal Datuk Mohamad Kazim Elias.
Bernama
Wed Oct 14 2015
SULTAN NAZRIN: Dalam menangani situasi pelarian, semangat tinggi kemanusiaan yang dianjurkan oleh Islam dan seruan yang mewajibkan bantuan dihulurkan menurut yang terkandung di dalam Al-Quran perlulah dijadikan panduan. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Isu pelarian perlu diurus dengan betul agar tidak bebankan negara - Muhyiddin
Walaupun Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951, negara sedang menghadapi masalah kemasukan pelarian dan pengurusan yang betul adalah perlu agar ia tidak membebankan negara.
Hal pelarian antara isu penting disertai Malaysia di Perhimpunan Agung PBB
Malaysia bersedia untuk menyuarakan pandangan dan penyelesaian berhubung beberapa isu penting yang dihadapi dunia pada Perhimpunan Agung PBB.
PBB gesa cari penyelesaian terbaik tangani isu pelarian dan migran
Laporan dikeluarkan memandangkan fenomena global itu semakin serius dengan peningkatan bilangan migran yang kehilangan nyawa ketika dalam pelarian.
Usaha-usaha pencegahan untuk minimumkan masalah pelarian penting diberi perhatian - Sultan Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah usaha pencegahan perlu diberi perhatian utama untuk meminimumkan dan menangani masalah berkaitan pelarian.