PANDEMIK COVID-19 secara amnya memberi impak yang amat besar terhadap kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia dan tidak terkecuali rakyat di negara kita.
Jika dilihat, isu kesihatan mental kini telah menjadi satu pandemik senyap atau pun ‘silent pandemic’.
Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO juga telah turut menjangkakan akan berlakunya pandemik kesihatan mental disebabkan oleh wabak COVID-19 ini.
Jika sebelum berlakunya pandemik, Kajian Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2019 menunjukkan kira-kira 2.3 peratus rakyat Malaysia atau setengah juta mengalami gejala kemurungan, dijangkakan terdapat peningkatan kepada kes-kes kemurungan serta keresahan yang berlaku selepas pandemik berlaku.
Ia disebabkan berlakunya banyak perubahan dan tekanan dalam kehidupan yang dialami oleh hampir setiap individu.
Perlu diingatkan bahawa COVID 19 bukan sahaja satu fenomena perubatan, malah ia mempunyai banyak impak dari segi ekonomi dan perubahan rutin harian.
Wabak ini telah menimbulkan banyak ketidaktentuan tentang masa hadapan sekali gus mencetuskan kebimbangan yang ketara.
Perubahan norma baharu kehidupan yang membataskan pergerakan serta aktiviti sosial dalam kalangan masyarakat memberi kesan kepada sesetengah individu terutamanya yang berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental.
Antara Isu kesihatan mental yang dikesan disebabkan pandemik adalah stres, kemurungan, keresahan (anxiety), letih upaya (burnout) serta tingkah laku bunuh diri.
Terdapat juga satu keadaan yang dinamakan kelesuan pandemik iaitu kesan psikologi akibat pandemik yang berterusan yang dicirikan sebagai hilang motivasi dan putus asa terhadap tingkah laku untuk melindungi diri daripada jangkitan atau mendapatkan maklumat mengenai pandemik.
Endemik bermakna COVID-19 masih bersama kita, cuma pada kadar yang terkawal - Gambar hiasan
Apa pula risiko terhadap kesihatan mental rakyat Malaysia menjelang fasa endemik COVID-19?
Endemik bermaksud kejadian sesuatu penyakit yang sentiasa wujud dalam sesuatu masyarakat atau tempat. Ini bermakna penyakit COVID-19 masih bersama kita, cuma pada kadar yang terkawal.
Dijangkakan bahawa terdapat beberapa isu yang akan dihadapi apabila kita beralih kepada fasa endemik. Ini kerana kita masih belum bebas sepenuhnya walaupun terdapat kelonggaran yang dibenarkan seperti merentas negeri serta memulakan sesi persekolahan.
Terdapat kekangan serta limitasi yang masih perlu kita lalui saban hari. Ini menyebabkan berlakunya tekanan yang kronik atau stres berterusan terutamanya disebabkan faktor berikut:
1) Peralihan rutin bagi mereka yang sebelumnya bekerja dari rumah (WFH) serta kanak-kanak sekolah di mana mereka mungkin akan mengalami masalah menyesuaikan diri untuk kembali bekerja/bersekolah disebabkan perubahan jadual, suasana dan gaya hidup setelah sekian lama.
2) Keperluan untuk terus mengekalkan SOP. Ini memerlukan daya kawalan diri serta disiplin yang tinggi. Penjagaan jarak, pemakaian pelitup muka masih lagi perlu diamalkan. Pelaksaaan ujian kendiri untuk COVID-19 juga telah disarankan bagi mereka yang mempunyai gejala atau berisiko. Namun apabila kelonggaran diberikan, mungkin sukar untuk kita terus mengamalkan langkah sebegini.
Stres yang berterusan boleh meningkatkan risiko kecelaruan keresahan serta kemurungan. Oleh itu perlu persediaan mental yang rapi serta mekanisma untuk meningkatkan ketahanan diri sebagai langkah pencegahan.
Bagaimana untuk membuat persediaan mental bagi meningkatkan ketahanan diri?
1) Penjagaan diri yang baik atau 'self-care' adalah sangat penting. Pastikan anda makan secara tetap dan seimbang, lakukan senaman atau aktiviti fizikal, tidur secukupnya serta kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein. Anda juga boleh menjadualkan waktu khusus untuk bersenam, beriadah dan melakukan hobi.
2) Memastikan jadual harian yang teratur setiap hari. Ini memudahkan kita kembali kepada rutin serta mengekalkan motivasi. Urus masa dengan bijak dan tentukan keutamaan anda setiap hari.
3) Pastikan untuk mendapatkan rehat serta melakukan teknik relaksasi seperti teknik pernafasan. Rancang serta ambil masa bercuti untuk menenangkan minda.
4) Teruskan untuk berhubung dengan rakan serta keluarga untuk berkongsi cerita atau kebimbangan yang dihadapi. Kekalkan suasana harmoni dan positif.
5) Jalankan aktiviti keagamaan serta kerohanian sama ada secara individu atau bersama keluarga. Aspek spiritual telah dikenalpasti sebagai salah satu komponen penting untuk mengurangkan tekanan.
6) Berikan sokongan dan bantuan kepada orang lain yang memerlukan mengikut kemampuan diri. Melakukan kebaikan serta perkara yang positif boleh mendatangkan rasa gembira dalam diri seseorang.
7) Refleksi diri serta ambil maklum sekiranya terdapat perubahan pada emosi serta tingkah laku anda. Ambil langkah pencegahan sekiranya ia berlaku serta dapatkan rawatan awal.
8) Terus mengamalkan pematuhan kepada SOP.
Kesimpulannya, persediaan mental serta penjagaan diri yang baik adalah amat penting dalam menghadapi fasa endemik bagi mengelakkan berlakunya gejala stres yang berlarutan. Ini akan mencegah daripada berlakunya gejala penyakit mental terutamanya kecelaruan keresahan dan kemurungan.
* Penulis adalah Pakar Perunding Psikiatri Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Firdaus Abdul Gani
Fri Oct 15 2021
Dijangkakan bahawa terdapat beberapa isu yang akan dihadapi apabila kita beralih kepada fasa endemik. -Gambar Astro AWANI
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
AWANI Ringkas: Mangsa 8 tahun cedera dibuli anak jiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
97 peratus perniagaan di Malaysia ada wanita dalam pasukan pengurusan kanan - Grant Thornton
Sebanyak 97 peratus perniagaan di Malaysia mempunyai wanita dalam pasukan pengurusan kanannya pada masa ini berbanding 92 peratus pada 2023, sekali gus menunjukkan pertumbuhan yang positif.
Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO
Persediaan adalah soal bila pandemik akan datang tiba dan bukannya soal jika wujud pandemik seterusnya.
Kejohanan Enrich Sports Game tawar hadiah lumayan RM30,000
Hadiah lumayan hampir RM30,000 bakal menjadi rebutan untuk pemenang Kejohanan Enrich Sports Game yang dijadualkan berlangsung pada 10 Disember ini di Bunga Kemboja Fitness Seri Kembangan, Selangor.
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Pertumbuhan APEC 2023 dijangka pada 3.3 peratus, kesan pandemik terus suramkan unjuran
Pertumbuhan ekonomi di rantau APEC menunjukkan tanda-tanda bertambah baik, dengan unjuran pertumbuhan 3.3 peratus pada tahun ini.
Kajian baharu kaitkan trauma kanak-kanak dengan kematian akibat COVID-19
Individu yang hidup susah semasa kanak-kanak, seperti didera atau diabaikan cenderung untuk dimasukkan ke hospital atau meninggal dunia akibat COVID-19 ketika dewasa.
Dunia masih belum bersedia untuk pandemik seterusnya - Badan pemantau
Lembaga Pemantauan Kesiapsiagaan Global (GPMB) memberi amaran keupayaan dunia untuk menangani ancaman pandemik baharu masih tidak mencukupi.
'Ketika itu PKP, ramai orang susah' - Naqiu infaq separuh duit kemenangan juara GV6
Hal itu kerana kata Naqiu selepas kemenangannya, negara berdepan detik pilu akibat pandemik COVID-19.
Pastikan staf kesihatan bersedia, polisi diubah untuk hadapi wabak X - Pakar
Katanya, pandemik COVID-19 memberi pengajaran besar kepada Malaysia dan tidak seharusnya masalah sama berulang.
Stok bekalan beras negara mampu tampung hingga empat, lima bulan - Mohamad Sabu
Stok bekalan beras di Malaysia kini adalah sebanyak 900,000 tan metrik dengan 250,000 tan metrik ialah simpanan stok kerajaan dan 650,000 tan metrik stok dagangan.