Lelaki yang digelar 'Ustaz Kasanova' dipenjara lima bulan dan didenda RM4,000 hari ini oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini kerana cuba berpoligami dan bernikah tanpa kebenaran melibatkan empat
wanita.
Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Razis Ismail, 34, dan memerintahkannya dipenjara lima bulan lagi jika gagal membayar denda tersebut. Tertuduh membayar denda itu.
Mohd Razis didakwa atas tiga pertuduhan cuba berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan tiga wanita lain berumur 24, 35, dan 30 tahun, dan dua pertuduhan lagi iaitu bernikah dengan wanita sama berumur 24 dan seorang 40 tahun tanpa mendapat kebenaran pendaftar mahkamah.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM800 dan penjara sebulan bagi setiap pertuduhan yang dihadapi tertuduh.
Mohd Saifullah memerintahkan Mohd Razis menjalani hukuman itu selepas selesai hukuman penjara 12 bulan dan enam kali sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 7 Mac lalu kerana melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang wanita sehingga melahirkan anak.
Bagi tiga pertuduhan cuba berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan tiga wanita itu, dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Kedah; Golok, Thailand, dan di sebuah flat di Jalan Loke Yew di sini antara 4 April 2010 dan 26 Ogos 2012 mengikut Seksyen 133 Akta Undang-undang Keluarga Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Bagi dua pertuduhan lagi, dia didakwa bernikah dengan wanita berumur 24 dan 40 tahun itu tanpa mendapat kebenaran pendaftar mahkamah mengikut Seksyen 40(2) akta yang sama, pada 4 April 2010 dan 26 Mei 2012.
Terdahulu, dalam penghakimannya, Mohd Saifullah berkata mahkamah berpandangan bahawa pengakuan dan segala fakta mengenai pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh sudah memadai dan mencukupi untuk mensabit dan menjatuhkan hukuman tersebut.
Katanya, mahkamah melihat tertuduh dalam keadaan sedar dan mempunyai niat melakukan kesalahan tersebut seolah-olah mencabar undang-undang yang diperuntukkan demi mencapai kepentingan peribadinya.
"Mahkamah berpendapat tertuduh gagal mengemukakan dokumen lain bagi menyokong rayuannya supaya dikenakan hukuman denda sahaja dan perlu menyara lapan anak,"kata hakim.
Mahkamah sebelum ini memutuskan perkahwinan mereka adalah tidak sah namun tertuduh masih melakukan perkara sama sehingga wanita-wanita tersebut melahirkan anak.
Bernama
Mon Mar 14 2016
Mohd Razis Ismail yang bergelar sebagai 'Ustaz Kasanova' dibawa keluar daripada Mahkamah Tinggi Syariah KL, Isnin, selepas mendengar keputusan kes beliau. - Gambar Bernama
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
'Ustaz Kasanova' dipenjara lima bulan, denda RM4,000
Lelaki yang digelar 'Ustaz Kasanova' dipenjara lima bulan dan didenda RM4,000 hari ini oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini kerana cuba berpoligami dan bernikah tanpa kebenaran
'Ustaz Kasanova' mengaku bersalah setubuh luar nikah, poligami tanpa kebenaran
Mahkamah menetapkan 7 Mac depan untuk menjatuhkan hukuman bagi membolehkan mahkamah meneliti segala dokumen.