Pendakwah bebas terkenal Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias mengakui tekanan melampau dialaminya menyebabkan beliau sukar untuk lena sehingga terpaksa tidur di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di tepi lebuh raya.
Katanya, ketika dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini Sabtu lalu, pada waktu malam beliau akan meminta kebenaran doktor untuk keluar menaiki kereta bagi mengurangkan tekanan seterusnya melelapkan mata.
"Lima doktor yang merawat saya memberitahu saya mengalami tekanan dan kurang rehat sehingga sukar untuk tidur termasuklah sebelum dimasukkan ke hospital.
"Semasa di hospital pada pukul 11 malam saya ke lebuh raya, saya tidur di kawasan Rehat dan Rawat Gopeng, Simpang Pulai serta Tapah dan balik semula ke hospital pada pukul 4 pagi.
"Entah kenapa bila masuk dalam kereta belum sampai plaza tol atau lebuh raya saya dah tertidur, tapi kalau di rumah dan hospital memang sukar walaupun diberikan ubat tidur yang paling kuat," katanya kepada pemberita pada majlis Taklimat Umrah Bersama Datuk Ustaz Kazim Elias di sini hari ini.
Mengenai status kesihatannya, Ustaz Kazim yang dibenarkan keluar dari hospital Khamis lalu berkata doktor mengesahkan beliau mengalami ulser dan pendarahan pada usus.
"Disebabkan ulser dan pendarahan usus, doktor menghentikan pengambilan ubat mencairkan darah selama empat hari, tetapi ia beri kesan pula kepada jantung sehinggalah sekarang," katanya.
Ustaz Kazim yang terkenal dengan ceramah bersahaja juga berkata masalah kesihatan dialaminya menyebabkan berat badan beliau susut daripada 69 kilogram (kg) tiga minggu lalu kepada 64.5kg semalam.
Sehubungan itu, beliau merancang untuk mengurangkan aktiviti ceramah pada tahun depan selain mahu memberi tumpuan kepada program lawatan ilmiah ke luar negara.
Pengasas serta Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi itu berkata beliau akan melepaskan tanggungjawab tersebut yang digalasnya sejak 10 tahun lalu kepada pihak lain.
"Tapi adakah pihak yang akan menggantikan saya nanti dapat mengajar dan memberi ceramah macam saya? Memulangkan semula sagu hati (bayaran) yang diterima kepada pusat ini untuk pembangunannya?" soal Ustaz Kazim.
Katanya tahun lalu, seramai 170,000 orang datang menziarah pusat pendidikan itu semata-mata untuk mendengar ceramah yang diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad.
Pada Februari lalu, Ustaz Kazim dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selepas mengadu penat dan sakit dada ketika sedang berceramah di perkarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bachok di Kelantan.
Mengenai pakej Umrah antara Pusat Pendidikan Al-Barakah dan agensi pelancongan Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd, Ustaz Kazim berkata ia merupakan antara usaha untuk mengumpul dana bagi pusat pendidikan tersebut.
Katanya perbelanjaan pusat pendidikan itu menelan kos RM170,000 setiap bulan dan atas biaya beliau sendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 13 2016
Ustaz Kazim menerima ziarah daripada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob sewaktu menerima rawatan di hospital. - Gambar fail
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan
Ikuti langsung sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. #AWANInews
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Anwar beri sumbangan kepada ‘otai’ reformis
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Kamarul Hatta, seorang 'otai' reformis yang kini berdepan masalah kesihatan.
Rafizi selesai jalani pembedahan tulang belakang, kembali bertugas bulan depan
Rafizi memaklumkan beliau baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang dan akan menjalani rawatan di hospital bagi tempoh dua minggu lagi.
Daim buta sebelah mata, strok - Peguam
Daim mengalami masalah kesihatan yang kronik apabila mata kirinya dijangkiti kuman sehingga menyebabkan ia terpaksa dikeluarkan.
Emir Kuwait meninggal dunia - Menteri Kabinet
Emir Kuwait Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah meninggal dunia pada usia 86 tahun.
Kanak-kanak terpaksa berkurung di rumah susulan pencemaran udara di Delhi
Pencemaran udara menjadi lebih bertoksik semasa musim sejuk, membawa kepada peningkatan masalah pernafasan dan kesihatan.
Dua peserta Ironman Langkawi diberi bantuan kecemasan selepas alami masalah kesihatan
Ketika kejadian, peserta sedang melakukan disiplin renang di Pantai Kok.
Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dimasukkan ke hospital
Thaksin mengalami sakit dada, tekanan darah tinggi, tahap oksigen rendah dan insomnia ketika ditahan di wad.
'Saya perlu kuat untuk teruskan hidup'
Beliau yang sebelum ini pernah menjadi jurulatih beberapa pasukan negeri terpaksa berhenti kerja kerana masalah kesihatan disyaki strok.
Ribut pasir, lebih 800 penduduk Iran dikejarkan ke hospital
Sebanyak 833 orang penduduk Sistan dan Baluchestan dirujuk ke pusat perubatan di wilayah tenggara Iran sejak lima hari lalu akibat masalah kesihatan yang disebabkan oleh ribut pasir.
Joo Ven tarik diri akibat masalah kesihatan, terlepas pertahan gelaran
Hasrat pemain perseorangan lelaki negara, Soong Joo Ven untuk mempertahankan gelaran pada Kejohanan Badminton Kebangsaan 2023 berkecai apabila terpaksa menarik diri susulan masalah kesihatan.