SHAH ALAM: Pakar kulit berpendapat penyakit yang dihadapi pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mungkin ekzema.
Bagaimanapun, pakar kulit dari Klinik Kulit Kuala Lumpur, Datuk Dr Low Bin Tick menyarankan supaya pendakwah itu segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik kulit berhampiran.
Menurutnya, penyakit tersebut bermula daripada alahan biasa yang akhirnya menyebabkan luka dan ditumbuhi beberapa ketulan kecil warna hitam.
“Ini bermula dengan alahan kemudian garu sehingga pecah dan menyebabkan kuman dari kuku masuk dalam daging kulit yang pecah itu.
“Sebab itu ketulan kuning dan hitam itu adalah nanah daripada jangkitan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Pada Khamis, Ustaz Kazim berkongsi penderitaan dialami beliau sejak lapan bulan lalu yang menyebabkan luka di seluruh badan termasuk muka.
Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja menyebabkan rasa sakit, gatal dan pedih, malah membuatkan beliau gelisah hingga tidak boleh tidur seharian sejak beberapa bulan lalu.
Dalam pada itu, Dr Low berkata, penyakit tersebut ada rawatan yang dikhususkan supaya cepat pulih.
Bagaimanapun, beliau yang juga ahli Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM) berkata, ia memakan masa dalam dua hingga tiga kali perjumpaan untuk pulih.
“Ubat pertama adalah untuk mematikan kuman dahulu kemudian, sapu krim antibiotik selalu untuk hilangkan nanah itu.
“Kemudian kita juga sediakan ubat antibiotik makan dan vitamin C untuk bagi dalaman kita kuat.
“Jadi, jangan risau. Penyakit ini ada ubatnya tetapi ia memakan masa sedikit,” ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 21 2022
Ustaz Kazim berkongsi penderitaan dialami beliau sejak lapan bulan lalu yang menyebabkan luka di seluruh badan termasuk muka. -Facebook Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Ustaz Kazim bakal jalani rawatan di luar negara
Ustaz Kazim akan berlepas ke sebuah negara Arab bulan hadapan untuk merawat penyakit kulit yang dihidapinya sejak tahun lalu.
Ustaz Kazim mungkin kena ekzema - Pakar kulit
Dr Low Bin Tick menyarankan supaya pendakwah itu segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik kulit berhampiran.
Ustaz Kazim Elias mohon bantuan ubati penyakit 'misteri'
Beliau memerlukan bantuan sesiapa sahaja termasuk doktor atau perubatan alternatif untuk merawat penyakit dialaminya itu.
Ustaz Kazim sekali lagi dimasukkan ke hospital
Doktor masih mengesan apa masalah sebenar penceramah bebas itu.
Ustaz Kazim masuk pejabat walaupun belum sihat
Ustaz Kazim yang baru keluar hospital petang semalam berkata, beliau rindu sangat dengan Al Barakah.
Ustaz Kazim dibenarkan keluar dari hospital
Adiknya dibenarkan keluar untuk berehat di rumah setelah pihak hospital berpuas hati tahap kesihatannya yang semakin memuaskan.
'Jika ini layanan kepada saya tak mengapalah...'
Mohd Kazim kelihatan kecewa apabila sehingga kini kerajaan negeri masih belum menghubunginya dalam proses mengambil alih pusat tahfiz tersebut.
Kerajaan PH disaran teruskan dasar pendidikan tahfiz negara
Dasar yang telah dirangka kerajaan terdahulu itu juga dilihat mampu memberi jaminan masa depan lebih baik kepada anak-anak tahfiz.
Ustaz Kazim bantu warga emas bertemu jodoh
Hussain Abdul Rahman, 84, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Kamsiah Adam, 66, pada majlis yang berlangsung di surau pusat pendidikan berkenaan hari ini.
Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah tangguh untuk dijual
Mohd Kazim berkata kerajaan negeri serta beberapa pihak menyatakan kesudian untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pusat pendidikan tersebut.