Usul undi tidak percaya terhadap Apandi tidak langgar perlembagaan - Dr Wan Azizah

Hafiz Marzukhi
Mac 17, 2016 03:49 MYT
DR WAN AZIZAH: Usul ini tidak melibatkan Dewan Rakyat memecat Peguam Negara. -Gambar fail
Usul undi tidak percaya terhadap Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali tidak bertentangan dengan perlembagaan, tegas Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Usul ini tidak melibatkan Dewan Rakyat memecat Peguam Negara.
"Usul saya hanya memohon untuk Dewan membuat keputusan sama ada Tan Sri Apandi sudah kehilangan kepercayaan," kata Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Jelas Dr Wan Azizah, sekiranya dilulus Dewan, ia akan membantu Perdana Menteri memilih sama ada ingin memberhentikan atau mengekalkan Peguam Negara kini.
Tambah Dr Wan Azizah, satu surat rayuan akan dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam masa terdekat berhubung perkara ini.
#Apandi Ali #dr wan azizah #langgar perlembagaan #Peguam Negara #usul undi tidak percaya