PASUKAN debat Universiti Teknologi Petronas (UTP) dinobat sebagai juara Pertandingan Debat Antirasuah IPT Piala Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2023 yang diadakan pada Khamis.

UTP membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM12,000 berserta piala pusingan, trofi dan sijil, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang muncul sebagai naib juara menerima wang tunai RM6,000, trofi dan sijil penyertaan.

Pusingan akhir pertandingan ini diadakan di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah yang membincangkan usul 'Dewan ini akan memperkenal dasar neoliberalisme bagi membendung ketirisan subsidi kerajaan'.

Pada pertandingan tersebut, pasukan UKM berada di posisi kerajaan manakala pasukan UTP berada di posisi pembangkang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, platform debat menjadi medan penting untuk terus melatih dan menyemarakkan bakat kepimpinan dalam kalangan anak muda di Malaysia.

"Jadikanlah platform ini sebagai platform untuk menyuarakan pandangan yang kemas serta kritikan yang membina untuk negara yang maju dan moden," pesan beliau ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Debat Antirasuah IPT Piala Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2023.

Sebanyak 40 pasukan mewakili Universiti Awam, Universiti Swasta, Institusi Pendidikan Guru (IPG).